Isnin, 9 Julai 2012

Kejadian Gempar di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya


Kejadiannya seperti orang hendak mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya....  Berdarah-darah tangannya..... Dan tidak pasti pula siapa di sebelahnya yang cuba untuk menenangkan....

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.


Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN 

Rasanya lebih elok kita lihat dan dengar dalam berita utama pada malam ini....


14 ulasan:

  1. saya ada juga baca di satu blog. ish kazman, teringat serangan di balai polis batu pahat satu masa dulu. guna pedang samurai gak...nauzubillah..

    BalasPadam
  2. eee..ngeri je..nk tgk la berita mlm ne..

    BalasPadam
  3. mcm ni cara nak gulingkan kerajaan? 2 orang jer? dgn pedang samurai? please laaaaa

    BalasPadam
  4. Menakutkan betul,nasib baik takde orang awam yang cedera..

    BalasPadam
  5. Pelik tp benar...
    Saya ketinggalan berita tadi..

    Kenapa ye?
    Ngeri la

    BalasPadam
  6. nasib baik kami dah abis berurusan di pejabat pos, jpm sebelum kol 2...heheehee!!kalau tak seram nye...

    BalasPadam
  7. erm... nk gulingkan kerajaan.. cuma berdua ajer? kuat sgt dah ni.. erm.. x fhm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..saya pun x faham.


      berdua lebih baik mungkin..

      Padam
  8. assalamualaikum kazman sue...mcm2 berita skg ni dah mcm negara2 luar yg ada byk masalah...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam...arwah ni blogger...ni link blog dia:

      http://jayanegara1234.blogspot.com/

      tapi kalau baca n3 dia, tak tau apa dia nak perjuangkan sebenarnya, tapi rasanya mcm tak puas hati dgn kerajaan je...huhu...

      Padam
  9. nasib baik masa kejadian sy dan rakan sepejabat x berada di lokasi. sebab slalu nya kami rajin gak ke area B1 tu utk g pejabat pos. tapi gara2 kejadian tu waktu balik kompleks B sesak. hampir setengah jam tersekat di parking basement kompleks B. haishh. syukur lah semua selamat

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.