Isnin, 30 Julai 2012

Mencari Sinar Senyuman Bahagia

Hari ni marilah kita mulakan aktiviti dengan senyuman... banyak fadhilatnya kan.... Senyuman dapat memberi kita kekuatan secara spiritual untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini...Kalau haiwan pun boleh tersenyum apakan lagi kita sebagai makhluk yang berakal....


Seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab) 

Senyumlah .... senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain...

5 ulasan:

  1. senyum tek perlu kata apa2...senyum tak perlu kata apa2...pun dah dapat pahala..:)

    BalasPadam
  2. senyum satu sedekah...bahagia je rasa. :)

    BalasPadam
  3. senyum..;)
    tp jgn senyum sembarangan lak...hehee

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.