Khamis, 18 Oktober 2012

Autoshow Sri Gombak

Tahniah kami ucapkan kepada blogger Khairul Ilhami dari blog gilamodified.blogspot.com yang sekarang sedang meningkat naik di atas usaha beliau sebagai penganjur dalam bidang pemotoran Autoshow.... daripada penganjuran di belah utara sahaja dan sekarang telah meluaskan jajahannya ke Lembah Kelang. Penganjurannya di Sri Gombak merupakan yang pertama untuk penganjuran Autoshow di sini dan pastinya akan ada lagi penganjuran - penganjuran yang seterusnya di kawasan Lembah Kelang nanti. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau meneruskan usaha dengan maju dan jayanya dimasa hadapan....

Inilah dia penganjurnya... nak menganjurkan Autoshow ke nak ke kebun  ni kawan???
siap ada tuala lagi kat bahu tuu... haa3x
Penganjuran Autoshow di Sri Gombak diadakan di atas tapak Uptown Sri Gombak yang terletak berhampiran atau bersebelahan dengan Jalan utama highway MRR2. Penganjuran yang diadakan selama 2 hari ini dapat menarik pengunjung yang ramai dan sehingga menyebabkan kesesakan susur ke Taman Sri Gombak.




 Sampai kat kereta inilah Adam tak mahu nak kuar dah... suka betul dia duduk dalam keter ni....






Begitulah serba sedikit ketika kunjungan kami ini... seronok bawa keluarga bersiar-siar di hujung minggu... mama dah pekak telinga dah tu sebab bunyi sound kereta yang kuat... mahu bergegar baby tu dalam perut... heee3x

21 ulasan:

  1. aritu lalu je nk sggh tp bdn letih ssgt

    BalasPadam
  2. memang patutla adam tanak keluar. comel bebenor..huhu

    BalasPadam
  3. Ooh, dah jumpa khairul, dapatlah berkenalan ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah jumpa juga sebelum ni... tapi memang si khairul ni sempoi tak sombong laa.. sebab tu dia boleh berjaya...

      Padam
  4. tumpang gembira bila kawan2 berjaya kan!

    BalasPadam
  5. dah jumpa abang khairul hehehhe.. saya setiap kali dia buat autoshow belah sni mmg tak berkesempatan nak pergi

    BalasPadam
  6. cantiknye kete... confirm sayang nk bawak g mane2... takut kotor... heheh

    BalasPadam
  7. salam, Sue dah berapa bulan dah tu? Dah nampak bulat dah perut. Comel.

    Oo. kalo pegi auto=show boleh masuk dalam keta yang dipamerkan ye?

    BalasPadam
  8. tak pergi pulak hari tu..pada hal jalan kaki dah sampai..mmg jam selalu kat situ..maklum saja nak masuk kanan,ada yg nak masuk kiri..mmg boring kat situ..tambah2 ada pula benda2 yg meriah..lagilah.

    semoga dia sukses lg lps ni.

    BalasPadam
  9. Sue... samalah macam kakak kalau dengar bunyi tu walau tak ada baby dalam perut pun bingit. Apa lagi ada baby kesian baby tu. Kot tapi ikut jejak ayahnya suka mana tahukan.

    Tengoklah Adam sampai tak mahu keluar dari kereta yg dia minat:)

    BalasPadam
  10. tenkiu bro sbb dtg...i'll be back for more !!

    BalasPadam
  11. meriahnya...
    mesti best dpt jumpa blogger Khairul..

    BalasPadam
  12. lawanye kete tu dimake up kan...kalau saya pun xmo jugak...hihi

    BalasPadam
  13. seb baik adam x minta abahnya belikan kete hello kitty tuh.. hehe.. sy pun suka jugak pegi autoshow camnih.. suka tgk kete yg cantik2 tuh.. :)

    BalasPadam
  14. bestnya boleh tengok kereta cantik-cantik..:)

    BalasPadam
  15. bestnyaaaaaaaaaaaaaa bang kaz n sis sue dapat jumpa blogger femes nih!! ..bang khairul .. makin mantap bang khairul sekarang ni (^_^)

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Kaz/ Sue..

    Dah lama sungguh tak Pegi show gini...

    BalasPadam
  17. lawa2 keta tu.. kreatif sungguh.. hehe :)

    BalasPadam
  18. wah meriahnyer keta.mau tak mo kuar cumilketa helo kitty2..eh keta mayvi ker yang nak terbang2?huhu

    BalasPadam