Ahad, 1 April 2012

Kena sembelih di Pantai Bagan Lalang...

Pantai Bagan Lalang semakin ramai bilangannya dikunjungi oleh pelawat dari ceruk rantau dunia semenjak terbinanya Sepang Gold Coasr Resort.. Kemeriahan di hujung minggu juga hangat terasa. Pantai yang terdapat muara sungai sepang yang suatu ketika dahulu kami kunjungi hanya dipenuhi oleh nelayan yang memasarkan ikan segar kepada pembeli kini sudah bertukar wajah. Namun yang masih sama adalah pemandangan senja yang indah seperti di syurga.....
Berbalik pada panorama petang di Pantai Bagan Lalang, Ketika kami sampai waktu air surut pun tiba, Maka saujana mata memandanglah kami semua hendak bermain air. Punyalah jauh ke tengah air lautnya ketika surut.
Maka kami pun bertukar plan untuk bermain layang-layang pula. Ok la jugak sebab angin pun tiup kencang jugak ni... Memang sesuai untuk aktiviti yang memerlukan sumber angin ni...

Habis aktiviti layang-layang hari pun nak senja...Memang sesuai la dengan perut yang dah lapar ni.... Kami pun cari la kedai makan yang ada di sana.. Kami singgah di gerai makan sambil duduk menikmati pemandangan senja...Sedang kami sekeluarga makan tiba-tiba lampu blackout la pulak.... dalam cahaya samar-samar la kami habiskan makan...ikan bakar yang rentung pun dah tak nampak rentung. Betul-betul romantik kami sambut aniversary 10 tahun perkahwinan kami. Dinner dalam gelap-gulita.... haaa3x... 
Apa la kedai ni... kedai lain semua serta merta sediakan lilin... kedai ni langsung buat selamba jee.... Kalau nak sambut earth hour day pun agak2x la ye kan...kesian juga aku tengok pelanggan lain makan dalam gelap...Yang ada anak kecil paling aku kesian... hampeh betul....bukan sekejap tapi lebih setengah jam tak sediakan lampu lagi... sampai aku blah pun dalam gelap lagi orang makan... Macam ni la rupa kami makan dalam gelap samar-samar cahaya senja.....
Dan lagi satu.... Kalau bandingkan harga makan kat sini.... mak datokkk... naik dah melambong-lambong dah mahalnya.... semenjak wujudnya Sepang Gold Coast Resort ni harga tahap makan kat restoran 4 star dah.... Padahal duduk kat kerusi plastik jee... Mahal2x makan kat D'muara Tanjung Harapan, Klang pun kerusi/ meja cantik... restoran pun cantik hiasannya... siap ada orang nyanyi lagi... haaa3x....Baik makan kat Jeram atau arah ke balik kampung ke Tanjung Karang lagi best.... Harga masih tidak tercemar dengan pembangunan...Lagi puas hati tempat dan kemudahan restorannya....

P/S: Bukan tak boleh mahal... boleh...tapi berpada2xlah dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Kot layan macam makan kat warong tapi harga macam kat restoran ber"star" lupakan aje la...



22 ulasan:

  1. Balasan
    1. "Kalo service mcmtu, x mai lagi la kan...

      Btul, x kesah mahal..tp biar kna kan..;), kalo nk untung je ssahla.. "

      Copy paste dari email.....

      Padam
  2. Balasan
    1. "adoiyaiii kak, makan kat tepi laut mmg mahal giler r kak. kat mana2 pon cenggitu jugak. cam cekik darah giler2 kekadang..huhu "

      Copy paste dari email.....

      Padam
  3. Balasan
    1. "Allahuakbar!!! Cantiknya gambar awan yang diatas sekali tu!!!
      pssttt nanti sambung lagi kekekkeke "

      Copy paste dari email.....

      Padam
  4. Balasan
    1. "aduii nape tak standby lilin..nyamuk tak datang serang kerr.. saya slalu gak layan seafood bagan lalang.seb baik karen ade.neh akak mesti serik kan makan situ."

      Copy paste dari email.....

      Padam
  5. Balasan
    1. "selalu camtu kan...bila dah gelemer je terus harga melambung2..memang tak mengagak je.."
      Copy paste dari email.....

      Padam
  6. aduhh.... dah terhilang la pulak komen semua....

    BalasPadam
  7. kui kui mana perginya semua komen-komen tu... baru ingat nak sambung lagi hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tersalah tekan punya pasal la ... sedih betul pagi ni....

      Padam
  8. Memang klu mkn tempat camni diorg charge mahal macam restoren 4 star tu memanglah cekik darah habis....

    BalasPadam
  9. dia caj panorama laut tu agaknya..

    BalasPadam
  10. ahah kena sembelih bayar mahal eyh..cekik darah betul..patutnya srvice yg ada tu better lah jugak sama padan ngan rege tuh..kedai macam warung harga macam hotel?ahah boleh tahan..

    BalasPadam
  11. saya dah terkena tadi dekat medan selera bagan lalang, saya syor tanya dulu sebelum makan seafood

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini