Khamis, 26 Julai 2012

Berbuka di Masjid Besi Putrajaya

Kali ni kami sekeluarga dan rakan sekerja pergi berbuka puasa di Masjid Besi atau nama sebenarnya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 Putrajaya. Sesekali membawa kelainan panorama ketika berbuka memang ditunggu-tunggu oleh anak kami semua. Pembinaan masjid ini dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya. Ia mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa. 

Apabila Azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa maka para jemaah akan berbuka dengan air minuman, buah kurma dan kuih sebagai pembuka puasa. Namun kami pula berbuka puasa di tepi masjid terlebih dahulu. Kami beli di bazar ramadhan aje...


Selepas berbuka kami pun berkemas dah menuju ke ruang utama masjid ini untuk menunaikan solat magrib secara berjamaah....


Selepas itu, semua jemaah akan bersolat Magrib dahulu bersama-sama secara berjamaah. Terasa tenang sahaja apabila duduk dalam masjid ini. Alunan suara imam dan bilal amat jelas kedengaran oleh para makmum.


Apabila Solat Magrib selesai maka semua jemaah yang hadir akan menuju ke perkarangan masjid yang telah siap disediakan makanan mengikut barisan yang disediakan.


 Setelah mengambil makanan , semua jemaah akan mengambil tempat di atas tikar untuk makan bersama-sama. Punya la seronok Syafiq makan sambil melihat keindahan masjid ini.


Ni pula Jemaah @ blogger sambilan menara kehidupan yang juga sedang berbuka puasa. Sedap pula masakan dari katering ni... Mari la jemput makan di sini...


Selamat berbuka semuaaaa..... Semoga kita semua mendapat kekuatan dan kenikmatan berpuasa di bulan Ramadhan ini........ Aminnnnnnnnn.

12 ulasan:

  1. mcmana la rupanya mee tonggek tu yea?? ade kah tertonggek mee nye??hehe

    BalasPadam
  2. saya pun suka berbuka puasa di masjid..terasa tenang berbuka dan solat Maghrib berjemaah di rumah Allah. tapi kalau dapat berbuka dan bersolat d masjid besi yang indah dn luas kawasan lagilah seronok. tak pernah tiba lagi sana:))

    BalasPadam
  3. Cantik masjid ni kan? Tak pernah buka puasa lg di masjid :)

    BalasPadam
  4. nyaman dan syahdu nya aku tgk masjid ni bro

    BalasPadam
  5. x berpeluang lg berbuka puasa di masjid.. ermm..
    mmg nampak besar masjid besi putrajaya nih..

    BalasPadam
  6. best nye...bleh la nanti try berbuka kat sini..

    BalasPadam
  7. Mee tonggek tu cemana plak? Murah je RM2. Blogger sambilan tu makan tak pandang kiri kanan dah.

    BalasPadam
  8. selalu lalu lalang kat mesjid besi ni,masuknya je belum..salam ramadhan dan berbuka puasa ye utk akak sekeluarga..baby dlm perut sihat tak makan kurma =)

    BalasPadam
  9. zaman belajar dulu selalu juga berbuka di masjid...makanan sedap2 cukup semua siap ada pencuci mulut. rezeki dibulan Ramadhan... :D


    mee tonggek?? macam mana rupanya? huhu

    BalasPadam
  10. Memang seronok berbuka puasa kat sana...alhamdulillah dah merasa berbuka beramai-ramai kat masjid besi tu...

    BalasPadam
  11. best dapat berbuka kat masjid.... dulu2 pernah gak kat masjid putra... masjid besi belum cuba... sekarang tak sanggup sebab anak ni sedang aktif... takut tak boleh kawal...

    BalasPadam
  12. pernah berbuka di sini.. mmg meriah kan

    BalasPadam