Selasa, 26 Julai 2011

Makan tengahari bersama FOE

Jam telah menunjukkan pukul 12 tengahari, waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba...Jamuan makanan Fakulti Kejuruteraan akan bermula sebentar lagi. Sedang saya memikirkan jamuan tengahari, kawan-kawan pun sampai untuk pergi ke Restoran Nyonya Valley di Cyberjaya. Kami pun berkumpul beramai-ramai untuk ke sana bagi meraikan kenaikan pangkat staf-staf Fakulti Kejuruteraan kami pada tahun ini. Setelah semua hadirin sampai ke sana kami semua mengambil tempat masing-masing di meja yang disediakan. Sekumpulan demi sekumpulan tiba dengan berkongsi kereta bersama rakan-rakan.


Tepat jam 12:40 majlis dimulai dengan kata-kata aluan oleh Pengerusi majlis dan seterusnya Dekan yang menyampaikan kata-kata semangat untuk terus maju di dalam kerjaya. Beliau juga memberitahu bahawa mereka-mereka yang mencapai target di dalam kerjaya mereka akan diberi peluang untuk kenaikan pengkat.
Setelah Dekan selesai memberi ucapan ringkasnya maka jamuan makan pun di mulakan dengan sesi mengambil hidangan makanan secara beramai-ramai. Ada yang mengambil lauk sahaja yang lebih...buah-buahan...pencuci mulut dan juga tidak kurang air yang disediakan.


Banner Majlis Makan-Makan FOE

Banner yang di gantung di Restoran Nyonya Valley

Selepas makan bersantai-santai di tepi kolam renang

Berehat sambil berbual sesama staff

Menikmati santapan yang telah terhidang

 
Menunjukkan perut memasing

Dan gambar seterusnya adalah suasana sekitar majlis makan-makan FOE di Restoran Nyonya Valley...




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini