Isnin, 11 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru Sarah & Bob

Salam Semua..
Hai... banyak tul perkara terjadi pada 09072011... nih satu lagi cerita pada hari bersejarah. Selamatlah sepupu kami Sarah dan Bob disandingkan..... Pada mulanya kami berasa agak susah juga, macam mana kami mahu ke KL pada tarikh 907 sebab begitu banyak sekatan atau Roadblok yang kami akan lalui untuk sampai ke Bandar Tun Razak. Jadi Kami mengambil keputusan untuk Melalui leboh raya MAX untuk sampai ker KL.


Agak sedih juga kerana keluarga dikampung terpaksa membatalkan perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka kerana begitu banyak jalan yang disekat atau ditutup. Rata2 jalam menuju ke KL kalau tidak ditutup akan Jam tak hingat... Maksu yang tinggal di semenyih menempuh pun tersangkut jem, mereka bertolak pada 10 setengah pagi sampai ke majlis pada 3 petang....  begitu juga anak buah Lela, yang bertolak dari Shah Alam ker kepong yang biasanya mengambil masa 1/2 jam melalui jem sampai 2 jam lebih baru sebelum melalui MRR2 untuk menghadiri majlis Sara dan Bob...


Adam boleh keluar kepala dari tingkap kereta sbb jalan lengang
Nasib baik kami melalui lebohraya Mex kerana perjalanan kami begitu aman sekali.... walaupun kami bertolak lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.... kami sampai dalam 12.30. macam x percaya jer.... jalan begitu tenang sekali semacam KL dilanggar garuda padahal di perut KL berlangsung Perhimpunan "Bersih".
Walaupun majlis agak terganggu disebabkan begitu banyak sekatan jalan raya tetap berlangsung dengan meriahnya....



My hubby pun sempat menepung tawar pengantin

Menepung tawar

makan beradap.
anak anak pulak mengambil tempat pengantin.
kami pun menyelit sekali...

Hujan rahmat untuk Pengantin

Apapun "Selamat Pengantin Baru Buat Sara Dan Bob" semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.