Khamis, 21 Julai 2011

Aktiviti BBQ Di rumah Fahmi bersama FOE

Aktiviti BBQ pada kali ini dilakukan di rumah Fahmi di Taman Bunga Raya di Salak Tinggi, Sepang. Majlis yang berlansung pada sebelah malam tadi selepas pulang dari kerja di tepi kolam tadahan hujan sungguh meriah untuk kami semua. Riuh rendah juga dibuanya kami di tepi kolam sambil membakar ikan, udang, kerang dan sosej. Gelak ketawa dan usik mengusik sesama rakan menambahkan lagi seri keakraban kami semua. Satu persatu makanan disiapkan sambil menunggu rakan-rakan yang tiba secara berperingkat mengikut kelapangan waktu masing-masing.


Setelah senja melabuhkan tirai, kami semua mengambil tempat untuk memulakan pembakaran di tepi kolam secara beramai-ramai. Makanan yang telah siap diperam di susun satu persatu di atas para arang untuk dibakar. Mujurlah geng bujangan ramai menghadirkan diri untuk memulakan BBQ. Para isteri pula sibuk mengemas menolong tuan rumah menyediakan makanan lauk-pauk untuk santapan kami bersama. Jutaan terima kasih kami kepada Tuan Rumah yang telah menjayakan program kali ini. Kami rakamkan sekitar kenangan kami di sini untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Gaya Fizzy membakar kerang
Gaya Hamdi dan pekli meletakkan sosej

Kami yang sedang menunggu

Hamdi memastikan kerang tidak hangus

Isteri yang sedang mengipas membakar ayam

Pasangan sejoli

Ayam panggang tahap meleleh

Udang bakar tahap rentung

Kerang bakar santapan istimewa

Ayam dan ikan yang telah siap

Antara hidangan yang disediakan

Antara hidangan yang disediakan

Tetamu yang menjamu selera. Nurul yang menutup mulut

Salasiah dah ngadap makanan tak pandang kanan kiri dah

Tetamu yang menjamu selera

Tetamu yang menjamu selera

Hisyam yang menikmati kesedapan sehingga terangkat kening

Miskiah yang tersenyum riang melepaskan ngidam

Antara mereka yang bertungkus-lumus menjayakan program

Antara mereka yang bertungkus-lumus menjayakan program


Antara mereka yang bertungkus-lumus menjayakan program


Suami nurul bersama anaknya menikmati juadah

Kami yang geram melihat telatah adam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.