Isnin, 4 Julai 2011

Mencari Mee Udang di Kuala Sepetang

Di sepanjang kunjungan kami ke Perak, mencari makanan Mee Udang yang popular dan sering menjadi buah mulut rakan-rakan kami di sini pun bermula. Pastinya ke Kuala Sepetang menjadi destinasi kami seterusnya. Disepanjang perjalanan kami dapat berjumpa dan melihat bangunan Kota Ngah Ibrahim di Matang, Taman Paya Bakau dan jua Pekan Lama Kuala Sepetang.

Laluan di Taman Kayu Bakau Kuala Sepetang




Sepintas lalu Kuala Sepetang

Sejarah sistem keretapi di negara ini bermula pada 1 Jun 1885 apabila jalan keretapi yang pertama di Tanah Melayu yang menyambung Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 8 ¼ batu di buka dengan rasminya oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak ketika itu. Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi yang pertama ini dimulakan dalam tahun 1882 dan seluruh pembiayaan pembinaan berjumlah £7000 ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.

Tujuan utama jalan keretapi itu dibina ialah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Jalan keretapi itu juga telah menyenangkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat pekerjaan. Pembinaan landasan ini menjadikan stesen keretapi Taiping sebagai stesen keretapi pertama di negara ini.
Perjalanan dari Kuala Kurau ke Kuala Sepetang ini kami rakamkan untuk tatapan semua dan kami juga melalui 2 sekatan Polis di sepanjang perjalanan ini. Jarak perjalanan mencapai 60km kami lalui dan sepanjang perjalanan tersebut kami melihat banner kain rentang MEE UDANG dan KARI SEMBILANG bersidaian di hadapan gerai masing-masing di tepi jalan. Keenakkan masakan mee udang memang tidak dapat dinafikan lagi.

Mee Udang yang kami pesan berharga RM12 untuk mee udang special dan RM6 untuk mee udang biasa. Kami bertanya pada pekerja kedai Mak Teh tersebut mengenai perbezaan mee udang special dan mee udang biasa dan mereka mengatakan bahawa mee udang special adalah dari udang laut lepas dan mee udang biasa adalah dari udang sangkar.


Selepas menjamu selera dengan mee udang special dan mee udang biasa kami meneruskan siri jelajahan kami ke pekan Kuala Sepetang, kemudian ke Bangunan Ngah Ibrahim dan seterusnya ke bandar Taiping.

Selanjutnya kami rakamkan perjalanan pencarian kami untuk mencari MEE Udang Kuala Sepetang dan juga kunjungan kami ke Nigh Zoo Taiping ....


Pekan Gunung Semangol

Pekan Simpang ; patut la banyak simpang dah nama pun pekan simpang


Sign Board Kuala Sepetang di pekan Simpang

Banyak Banner Mee Udang Yang kami temui


Stesen Pam minyak klasik di hadapan kedai runcit yang terdapat di Kuala sepetang

Papan tanda Mee Udang Banjir yang kami kunjungi

Deretan kereta pelanggan

Pelanggan yang sedang menikmati mee udang banjir

Mee Udang Special

Mee Udang Biasa

Pekan Kuala Sepetang

Pekan Kuala Sepetang

Pekan Kuala Sepetang


Bangunan Kota Ngah Ibrahim
Tiket ke Zoo Night Safari Taiping yang berharga RM16

Bangunan di Zoo Taiping

Keretapi yang membawa kami sejauh 2.5km mengelilingi zoo

Papan tanda yang terdapat di zoo

Arnab yang tidak tidur lagi

Ikan yang kuat makan

Ikan yang berlegar-legar di kolam ikan


Ayam yang sedang menanti masa untuk di belit oleh ular sawa
Adam di atas keretapi bersama mama

Bergambar di dataran Zoo Taiping

Bergambar di dataran Zoo Taiping



Tiada ulasan:

Catat Ulasan