Jumaat, 15 Julai 2011

Musim Durian dan Rambutan menjelma

Pada petang khamis 14 julai 2011 saya bersama-sama rakan satu tempat kerja menyerbu rumah Norafizah yang juga merupakan rakan sekerja kami untuk memuaskan keinginan memakan durian dan rambutan di rumahnya di kampung Sesapan Batu, Beranang. Ternyata kunjungan kami tepat pada waktunya. Kedatangan kami disambut mesra oleh ibundanya di sana. Setelah kami berehat seketika. Aktiviti memanjat pokok rambutan pun bermula. Rambutan yang sedang masak ranum merah menyala menyambut kedatangan kami. 



Setelah puas kami meratah rambutan segar, kami pun di sana tanpa melengahkan masa terus menuju dusun durian yang terletak berhampiran dengan rumahnya di hujung kampung. Sesungguhnya kelazatan durian segar memang tidak dapat dinafikan lagi. Kedatangan kami memang memecahkan suasana kesunyian dusun tersebut. Seperti ada pesta durian yang sedang berlangsung di situ dan menenggelamkan keriuhan kambing-kambing yang diternak oleh penduduk kampung.

Satu persatu durian dikutip dan di kumpulkan. Setelah pencarian durian yang gugur menuju ke penamat, tanpa menghiraukan nyamuk yang kekenyangan menghisap darah kami terus melapah durian satu demi satu sehingga sendawa pun bau durian. Setelah puas menikmati durian segar saya mengundur diri untuk pulang mengambil anak dari sekolah. Ternyata kunjungan kami beramai-ramai pada kali ini memberi kenangan manis untuk kami semua.

Kami paparkan lawatan kami ke dusun durian di Kampung Sesapan Batu di Beranang.

Rumah Norafizah yang kami lawati

Rakan-rakan tengah menikmati rambutan

Bos kami yang spoting turun padang dengan anak buah

Aksi aku memanjat pokok rambutan ni pun dirakam

Aksi aku memanjat pokok rambutan ni pun dirakam

Fizzy dengan samsul memetik buah rambutan

Gerak gempur mencari durian. Bos kami ni cari durian kat bawah dan bukan diatas mendongak

Hasil yang untuk di bedal di situ juga

Skill membuka durian menggunakan parang

Hasilnyaaaaaa

Kambing pun nak joint sekali

Rerakan yang sedang melahap

Rerakan yang sedang melahap

Rerakan yang sedang melahap

Kelazatan yang memang tidak dapat dinafikan lagi
Durian bijiknya kecil jeee

Hasil durian yang di angkut pulang

Hasil durian yang di angkut pulang

Hasil durian dan rambutan yang di angkut pulang

1 ulasan: