Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia Vs Singapore

Pada hari khamis yang bersamaan 28 Julai 2011 aku yang bersama syafiq dan rakan-rakan sekerja telah pergi ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Singapore. Ternayata memang ramai sekali orang ramai bersesak-sesak ke Bukit Jalil dari awal-awal lagi. Dari highway MEX susur keluar ke Kesas Highway sudah mengalami kesesakan lalulintas tahap mee udang. Perlahan-lahan aku menyusuri kesesakan tersebut menuju ke Stadium Bukit Jalil. Aku perhatikan sudah mulai ramai pemandu yang meninggalkan kereta mereka di tepi bahu jalan Kesas Highway dan berjalan kaki beramai-ramai ke stadium sambil terlompat-lompat bersimpang-siur bagaikan layang-layang terputus talinya.




Aku yang tiba pada pukul 6:00ptg juga sukar untuk mencari tempat letak kereta sehingga aku terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan persendirian. Bayaran RM10 terpaksa dihulurkan kerana aku tiada upaya lagi untuk mencari parking yang tidak berbayar.

Di sini aku park kereta kami RM10 hinggit
                                                                                                   *Nota : Rm10 tu pun si Pekli yg bayorr!!!

Bersama-sama rakan aku memulakan langkah menuju ke stadium secara beramai-ramai. Orang yang kelihatan bersemangat jelas terpampar di riak wajah mereka. Pelbagai gelagat dapat di rakam sebagai kenangan. Kerana terlalu leka melihat gelagat penyokong-penyokong Skuad Harimau Malaya, baru aku sedar telah tiba di dataran stadium yang luas saujana mata memandang.








video


Setelah kepenatan dan tetiba rasa kepenatan berjalan kaki aku pun menjamu burger seketul RM2,50 dan menikmati bersama pekli dan fizzy serta syafiq menikmati burger sambil mnjamu mata kepada orang ramai. Orang yang seperti semut menjumpai gula itu semakin lama semakin ramai.







Setelah selesai menikmati burger dan air mineral bersama syafiq aku pun merapatkan diri ke pintu masuk stadium yang semakin penuh di himpit penonton. Keadaan yang sedikit kacau-bilau tidak melemahkan semangat penonton semua untuk meyaksikan perlawanan bersejarah ini.






Setelah bergasak-gasak di hadapan pintu masuk stadium, aku pun mendapat laluan yang sedikit istimewa kerana membawa budak (syafiq ).ketika berada di depan pintu masuk. Dengan pantasnya aku melepasi pintu tersebut dengan rela hati. Seterusnya pencarian tempat duduk di dalam stadium pun bermula untuk mencari sudut pandangan yang terbaik bagi menyaksikan perlawanan antara Malaysia Vs Singapore.


video






Keputusan perlawanan sudah terpampar di skrin besar Stadium yang menunjukkan perlawanan pada malam ini berkeputusan seri 1-1  yang  mengesahkan pasukan harimau malaya terpaksa akur dengan kekalahan argeget 6-4 setelah pasukan kita tewas di singapura 5-3. Memang pasukan Singapore banyak " Main Wayang " pada perlawanan malam ini. Ketika Safee Sali melempang golkeeper Singapore kerana berlakon melambat-lambatkan permainan kemudian semua penonton bersorak gembira bagaikan langit hendak runtuh gempitanya. Pada pengamatan aku memang pandai safee tu melempang keeper tanpa pengetahuan pengadil.......



 



Di sepanjang perjalanan balik aku dapat melihat mereka-mereka yang berniaga burger dan air menjual pada kadar yang sangat murah jika di bandingkan dengan harga pada permulaan tadi. Harga burger dari asalnya RM3,50 menjadi RM1...begitu juga air sebotol yang berharga RM2,00 pun tinggal RM1....pendek kata semuanya singgit jeee...Aku yang pulang kehampaan sekadar melihat air minirel bagaikan air mata Raja Gopal ajee.. begitu jugalah burger yang lazat pada permulaanya bagaikan burger pelita jaya jadinya...



Aku paparkan wajah-wajah kehampaan peminat pasukan Harimau malaya yang tiada disiarkan di mana-mana penyiaran tv atau stesen berbayar di malaysia...Sekian liputan Malaysia Vs Singapore di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

1 ulasan:

  1. nicely wrote....sungguh terhibur membaca catatan saudara....
    -abdillah

    BalasPadam

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.