Ahad, 17 Julai 2011

Taman Desa Sri Qaseh 16/07/2011

Sebelum kami pulang ke kampung di Tanjung Karang pada petang sabtu, kami sempat berkunjung untuk melihat perkembangan yang berlaku di sana. Pada hari sabtu juga masih ramai pekerja yang meneruskan kerja-kerja mereka di sana. Keadaan gerai makanan mereka juga meriah ketika mereka berehat sebentar pada pukul 3 petang. Ketika kami sampai mereka semua tengah berehat sebentar melepaskan penat lelah mereka sambil berbual sesama mereka.

Apa yang kami perhatikan bahawa perubahan yang ketara pada kunjungan kali (16/07/2011) ini berbanding pada kunjungan yang lalu (09/07/2011) adalah daripada pandangan kami semata-mata kerana pada kunjungan kali ini kami tidak menemui supervisor yang memantau kerja-kerja pembinaan perumahan ini. Maka perubahan yang kami lihat adalah seperti berikut :-

1) Pada lot PT 3744 hingga PT 3751 - Kerja-kerja membuat acuan tiang sedang giat di jalankan. Papan acuan pula telah siap dengan tiang sokongan untuk menampung simen konkrit yang akan dituang ke dalam acuan tiang rumah itu nanti.


2) Pada lot PT 3758 hingga PT 3773 - Kerja-kerja membuat acuan lantai juga telah siap dibina. Ini bermakna kerja-kerja memasukkan simen konkrit akan dijalankan secara serentak pada acuan lantai dan juga acuan tiang pada lot PT3744 hingga PT3751.


3) Kerja-kerja penanaman rumput di lereng bukit juga telah siap sepenuhnya. Penanaman rumput amat penting kerana rumput tersebut dapat menahan hakisan tanah oleh air pada ketika hujan.. Rumput juga dapat menguatkan struktur tanah yang ada di lereng bukit.

Sekian untuk kunjungan kali ini....semoga semuanya berjalan lancar hendaknya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.