Selasa, 12 Julai 2011

Pesta Flora Putrajaya 2011 "mawar untuk selamanya"

Kami berkesempatan untuk mengunjungi pesta Flora 2011 di putrajaya. Tema “Mawar Untuk Selamanya” menjadi tema bagi Pesta Flora bermula 9 hingga 17 Julai, yang menjanjikan lebih 10,000 mawar pelbagai jenis dipamerkan bertempat di Waterfront Presint 2, PutraJaya. Acara yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis dan dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam pada Jumaat serta hujung minggu. Pesta floria kali ini turut membabitkan Kementerian Pelancongan bagi acara ‘Malam Perarakan Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia’, yang menyaksikan perarakan 14 bot dihiasi bunga-bungaan pelbagai warna berlangsung setiap malam sepanjang penganjuran floria di Tasik Putrajaya.




Terdapat pelbagai jenis bunga hiasan beraneka warna, tumbuhan herba, pokok liar dan hiasan laman unik berwarna-warni. Rekaan taman daripada 13 pereka taman dan gubahan bunga dari luar negara seperti Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand, Macau, Kenya, Pakistan, Kanada, New Zealand dan Hong Kong juga dipamerkan.


Daya tarikan yang terdapat di Floria 2011 adalah:-


1) Taman-taman perhiasan Flora
2) Taman Istimewa Ros
3) Taman Antarabangsa
4) Taman-taman Korporat
5) Taman-taman Pertunjukan Sekolah dan Universiti
6) Taman-taman NGO
7) Taman Terapi
8) Astaka Flora
9) Bazar Taman
10) Persembahan Seni & Kebudayaan



Kami tidak melepaskan peluang ini dengan berkunjung ke Pesta flora 2011 di Putrajaya dam merakamkan kenangan indah kami di sana.





















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gadget

Kandungan ini tidak tersedia melalui sambungan tersulit.