Perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan pada 09/07/2011 di Kuala Lumpur, Kami cuba meninjau apa yang berlaku di sana dan merakamkan peristiwa perhimpunan tersebut. Kami juga menghimpunkan gambar yang kami ambil dan juga gambar yang rakan-rakan kami ambil untuk tujuan merakam detik-detik peristiwa yang berlaku di sekitar kami. Kami memaparkan rakaman detik-detik perhimpunan sebagai sejarah bahawa satu ketika ini Kuala Lumpur telah menyaksikan satu lagi perhimpunan yang diadakan oleh rakyat.
Laman kami ini tidak mengulas mengenai perhimpunan ini dan jika ingin mengetahui ulasan tersebut boleh melayari blog-blog politik yang ada. Serba ringkas mengenai tujuan perhimpunan ini adalah :
Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
*Nota : Kenyataan ini kami petik dari
sini
Kami memaparkan detik-detik perhimpunan yang telah berlaku di Kuala Lumpur.
Persimpangan Jalan Pasar |
Jalan Pasar lengang |
Pengguna jalan raya membuat pusingan U turn |
Antara polis yang berkawal |
Bulatan Kampung Pandan |
Jalan Tun Razak |
Jalan Tun Razak |
Jalan Tun Razak |
Persimpangan Jalan Ampang |
Jalan Tun Razak di hadapan Perpustakaan Negara |
Bulatan Jalan Pahang |
Susur ke Jalan Tun Abdul Rahman dari bulatan Pahang. Disini kami dapat menembusi kawasan bandar. Setengah jam kemudian laluan ini ditutup semula. |
Jalan TAR |
Pasar Chow Kit Lengang |
Jalan TAR menuju ke SOGO |
Sehingga di sini laluan kami tersekat |
Jalan TAR |
Jalan Sultan Ismail |
Jalan Tun Razak |
Orang ramai yang berarak |
Orang ramai yang berarak |
Orang ramai yang berarak |
Orang ramai yang berarak sambil melaungkan kata semangat kepada rakan-rakan mereka yang ditahan dan menaiki trak polis. |
Orang ramai yang berarak |
Orang ramai yang berarak sambil dikawal oleh polis |
DBKL yang menjaga lalulintas |
Orang ramai yang berarak |
Jan Sesak di jalan Tun Razak |
FRU memancutkan air |
Orang ramai yang berarak |
Orang ramai yang berarak |
Gas pemedih mata |
Rakan yang bersemangat |
Orang ramai yang berarak |
Orang ramai yang berarak |
Orang ramai yang berarak |
Polis bersalaman dengan penunjuk perasaan |
Orang ramai yang berarak |
Dihalang polis |
Rakan yang bersemangat |
Sekatan di Federal Highway |
Keseksakkan di Federal Highway |
Sekian dan akhir kata dari kami....perkara yang baik dijadikan tauladan dan perkara yang buruk dijadikan sempadan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan