Selasa, 19 Julai 2011

Kunjungan ke dua di Rumah Amal Limpahan kasih

Pada petang semalam selepas pulang dari kerja kami berserta rakan pejabat kami membuat lawatan kali kedua untuk menyampaikan sedikit sumbangan yang diterima dari rakan dan keluarga kami. Sesungguhnya di bulan syaban ni kepada sesiapa yang ingin membayar fidyah kerana tertangguh puasa ganti atau ingin membayar zakat bolehlah berbuat demikian. Kalau sahaja teringin untuk membuat amalan sedekah pun bolehlah juga dilakukan terutama kita yang menghampiri bulan ramadhan ini.


Selepas pulang dari kerja kami singgah ke TESCO  untuk membeli sumbangan kami dan kami pun membawa sumbangan tersebut ke rumah amal limpahan kasih di Puchong. Di sepanjang perjalanan ini kami menempuhi pelbagai rintangan sepertti kesesakan lalulintas dan kereta kawan kami yang terkunci dari dalam. sesungguhnya jika kita berniat untuk membuat kebaikan memang penuh dengan dugaan dan rintangan. satu persatu kami tempuh.

Ketika di Tesco kereta rakan kami iaitu fazly pula tertinggal kunci didalam keretanya. Mujurlah fazly pandai membuka menggunakan skrew driver dengan mencucukkan mata skrew tersebut di bawah pembuka pintu. setelah puas menjolokkan skrewdriver tersebut maka berjayalah kami meneruskan perjalanan ke rumah amal limpahan kasih. Pukul 7:20 kami sampai di sana dan terus menyampaikan sumbangan kerana tinggal 11 minit lagi akan masuk waktu magrib. Kami terlewat kerana highway LDP di waktu petang memang sesak dengan pengguna jalanraya. Cerita mengenai rumah amal limpahan kasih ini telah kami buat yang lalu di halaman Rumah Amal Limpahan Kasih.

Sebahagian gambar yang kami dapat paparkan ketika kunjungan pada kali ini :

Tol LDP di waktu senja

Laluan ini selalu digunakan untuk mengelak dari membayar tol ke Puchong Perdana

Fazly dan Hamdi yang mengangkat sumbangan

Malu untuk menyiarkan identiti mereka

Sibuk memunggah barangan

Rumah amal limpahan kasih

Erti Yatim yang hakiki….
Bukanlah yatim piatu itu tiada ayah dan ibu,
Tetapi , yatim piatu yang hakiki itu tiada iman dan ilmu,
Tiada ayah dan ibu bukanlah satu kesalahan,
Itu sudah takdir Tuhan yang satu,
Tiada siapa yang mahu,
Tetapi iman dan ilmu wajib dicari kerana itu perintah dari tuhan yang Esa,
Siapa yang tidak melakukan adalah dosa,
Tiada ayan dan ibu, kalau susah pun hanya  didunia,
Kalau tiada iman dan ilmu, Tuhan murka,
Diakhirat masuk neraka,
Tapi kebanyakan orang tiada ayah dan ibu tidak suka,
Kerana tiada tempat mengadu dan bermanja,
Tetapi kalau tiada iman dan ilmu, tiada orang yang dukacita,
Padahal  tiada iman dan ilmu, Tuhan murka, masuk neraka, lagi bahaya,
Sayangnya yang bahaya dianggap tidak bahaya,
Tetapi tiada iman dan ilmu kurang orang berdukacita,
Itulah kiblatnya jika hanya dunia yang dikenali……
Petikan ini tidak sampai penghujungnya… insyaallah bila ada rezeki dan kelapangan kami akan berkunjung ke RALK untuk menghabiskan bait2 pengertian yatim yang hakiki ini…

Kami berangkat pulang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan