Selasa, 4 Oktober 2011

Aktiviti Berbasikal Di Putrajaya

Aktiviti berbasikal.....
Aku rasa aktiviti berbasikal ni dah banyak yang dilakukan di Putrajaya.... Bagus juga untuk mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Ramai kawan-kawan di tempat kerja sudah memiliki basikal mereka sendiri. Bila kawan-kawan mengajak berkayuh mulalah aku terjebak mengayuh sekali. Biasalah... penat jugak berkayuh ni... Kami mulakan kayuhan dari rumah kawan kami di Persint 16 sampailah di PICC iaitu laluan mendaki paling semput aku nak mendaki... Selepas mendaki kami pun melaui trek laluan taman-taman yang indah di Putrajaya ini sambil melapangkan fikiran.... Lama dah aku tidak berkayuh kembali dan seperti biasa kawan-kawan sekerja mengajak lagi aku berkayuh....

 Berehat sebentar melepaskan lelah.... Penat wooo...
 Antara basikal yang digunakan oleh rakan-rakan sekerja untuk aktiviti berbasikal....

 Antara basikal yang termahal ( dikalangan basikal-basikal rakan kami )... kira mahal tu maknanya laju la agaknya... tapi kalau stamina dah pancit guna basikal mahal pun duduk kat tembok tepi jalan jugak berehat cari nafas... haaa3x....

Sumber rujukan untuk basikal ni boleh layari di http://www.raleigh.my/bikes/bikes-cc.html

 Meter jarak yang digunakan untuk mengukur jarak perjalanan kami....

 Aku yang terdampar di puncak PICC... giler penat nak kayuh naik bukit... last-last aku sorong basikal tu naik bukit lagi laju daripada aku berkayuh...

 Antara rakan-rakan yang menyertai aktiviti berbasikal bergambar di PICC....

 Muka-muka stamina pancit bila mendaki puncak PICC.... termasuk aku jugaaa.... heee3x

 Ni la muka aku yang pancit daripada mengayuh ketika mendaki sampailah aku menyorong basikal kerana dah tak larat nak kayuh ketika mendaki....

Yang tengah berbaju putih tu kira mahaguru berkayuh untuk kami... sering pedajal kami semua kerana membawa kami ke laluan yang memenatkan di sekitar Putrajaya ni.....

Antara aksi-aksi rakan aku yang berjaya mendaki tanpa menyorong basikal seperti aku....

Bila acara mengayuh basikal dah tamat masing-masing terus serbu Stesyen Minyak Petronas Persint 16 membeli air untuk melepaskan dahaga...

6 ulasan:

  1. wow bro pon naik beskal rupanya..leh la kita kayuh sama2 nanti haha

    BalasPadam
  2. sekadar layan member2 sekerja berbasikal....

    BalasPadam
  3. baguih utk kesihatan tu bang ..perot pon leh kempes

    BalasPadam
  4. best tu berkayuh.nak kena usha beskal jg lpas nih

    BalasPadam
  5. kayuh memang best tapi penat tuuu....penat bawak perottt...haaa3x

    BalasPadam
  6. Lagi murah Basikal di beli dan lagi berat basikal tersebut..adalah lagi baik dan sangat sumbangan nya kepada kesihatan Kita... Fakta ini ramai raayat M'sia tersilap dan berlumba-lumba untuk membeli basikal yang mahal-mahal puluh2 Ribu..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini