Ahad, 30 Oktober 2011

Khazanah Kapal Karam Di Muzium Negara

Muzium Negara buat pertama kali menganjurkan pameran artifak kapal karam kepada orang ramai mulai 15 Ogos 2011 hingga 1 Januari 2012. Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, sebanyak 204 artifak daripada 13 kapal karam yang ditemui dipamerkan. “Tujuan pameran ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan ilmu kepada orang ramai mengenai sejarah silam termasuk yang pernah berlaku di perairan Malaysia,”. Menurut Ibrahim lagi, orang ramai dapat melihat sendiri keajaiban artifak menerusi barang-barang yang ditemui di dasar laut. “Selain artifak, barang-barang penghantaran perkahwinan yang kekal dalam bentuknya walaupun berada di dasar laut selama ratusan tahun juga akan dipamerkan,” ujarnya.

Inilah replika kapal karam yang berada di hadapan pintu masuk ke galeri pameran muzium
Fakta ringkas mengenai kapal karam yang telah dijumpai di persisiran negara kita :-

1) Kapal Diana ( 1817 )
Kapal Diana telah dijumpai oleh Dorian Ball, Pengarah Urusan dan pemilik Syarikat Penyelamat Marin (MHS) pada 21 December 1993 di lokasi berhampiran pelantar minyak petronas di perairan Selat Melaka. Ia tertanam di dalam lumpur sedalam 34 meter dengan kira-kira 8 batu nautika (3.7km) dari pantai.

2) Kapal Desaru (1830)
Tapak Kapal Desaru ini dijumpai pada bulan mei 2001 pada kedalaman 20 meter dan lebih kurang 2 batu nautika dari pantai Desaru, Johor. Ia merupakan sebuah kapal dagang dari negara China jenis "Junk" dan kapal ini memuatkan hampir 10% muatan kargonya dengan seramik dari China. Kapal ini tenggelam dipercayai terlanggar dengan Batu Karang. Kapal ini berukuran 30 meter panjang dan 7 meter lebar.

3) Kapal Wanli (1630)
Kapal Wanli ini telah ditemui pada 1 November 2003 di perairan pantai Dungun, Terengganu dari hasil maklumat nelayan tempatan pada kedalaman 42 meter. Kapal ini dipercayai meletup ketika dalam pelayarannya dan tenggelam akibat diserang oleh kapal musuh. Penemuan serpihan porselin biru dan putih membuktikan perdagangan antara pihak Portugis, Belanda dan Inggeris yang berlaku pada kurun ke 17.

4) Kapal Nassau (1606)
Kapal Nassau adalah sebuah kapal milik Dutch United East India Company (VOC) yang ditubuhkan pada tahun 1602. Kapal ini karam berhampiran Bambek Shoal iaitu 5 km dari pantai Port Dickson. Ia karam disebabkan pertempuran antara Belanda dengan Portugis. Peristiwa yang berlaku pada 16 Ogos 1606 itu dikenali sebagai peperangan Cape Rachado yang mana kawasan itu sekarang dipanggil Tanjung Tuan.

5) Kapal Royal Nanhai (1460)
Pada pertengahan kurun ke 15, Kapal Royal Nanhai adalah ditugaskan khas untuk membawa lima mangkuk seramik China berwarna Biru dan putih yang kesemuanya dijumpai berdekatan dengan bahagian tulang belakang kapal. Mangkuk China tersebut dikategorikan berasal dari tahun pemerintahan Tieshen (1450-1464).

6) Kapal Tanjung Simpang Mengayau (960-1126)
Kapal Tanjung Simpang Mengayau merupakan sebuah kapal yang sarat dengan muatan barang dagangan China dari Dinasti Song (960-1127). Kapal ini ditemui pada kedalaman 12 meter dan kira-kira 700 meter dari pantai Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah. Penyelidikannya mendapati ia merupakan kapal karam tertua di Malaysia. Kapal ini karan dipercayai akibat terlanggar dengan Terumbu Karang. Antara artifak yang dijumpai seperti mangkukseladon hijau, gong dan kendi.



Sekali ingat macam betul-betul kapal... dua kali ingat rupanya buat dari papan lapis dengan gabus jee...

Replika kapal yang terdapat di dalam bilik pameran.

Adam dia suka tengok TV jeee....

Replika kapal layar zaman dahulu....

Antara khazanah kapal karam yang dipamerkan di dalam galeri pameran muzium 

Penerangan mengenai kapal-kapal karam yang telah dijumpai di persisiran pantai negara kita.

Penerangan mengenai kapal-kapal karam yang telah dijumpai di persisiran pantai negara kita.

Penerangan mengenai kapal-kapal karam yang telah dijumpai di persisiran pantai negara kita.

Peta yang menerangankan mengenai lokasi kapal-kapal karam yang telah dijumpai di persisiran pantai negara kita.




9 ulasan:

  1. sampai 1 januari 2012 ye?
    klu ada rezeki teringin nak pegi :)

    BalasPadam
  2. salam Kazman,

    Selalunya kita tengok kat tv ja kan,ni boleh tengok kat depan mata kita,mesti best punya lah.Kalau ada rezeki Kak Ros pun nak pi jugak.

    BalasPadam
  3. SEUMUR HIDOP SY BELOM SAMPAI LAGI KE m. NEGARA NI

    BalasPadam
  4. jom selam kapal karam..ada jongkong dan barang kemas lama dll
    Di perairan Sandakan Sabah..ada berani???

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. mana peta kapal tanjung simpang mengayau

    BalasPadam