Ahad, 9 Oktober 2011

Misteri dan Sejarah Batu Putih

Sekadar berkongsi info mengenai misteri dan sejarah kewujudan Batu Putih yang terletak di Batu Pahat, Johor. Seingat aku masa kecil-kecil dulu tahun awal 80an batu ni tidaklah terlalu banyak seperti sekarang ini. Batu Putih ini terletak antara jalan utama dari kampung aku ( Simpang Lima) ke arah Parit Sulong. Pelbagai cerita dan misteri yang pernah aku dengar mengenai kewujudan Batu Putih ini. Yang paling aku ingat iaitu ketika suatu senja hendak magrib aku merempit naik motor berseorangan baru balik dari rumah Labu ( kawan sekelasku) tetiba aku terdengar letupan yang kuat ditelinga aku. Aku pun berhenti di tepi jalan terpinga-pinga. Aku ingatkan motor aku yang rosak bunyi meletup dan bila aku periksa motor aku ok jee.. last2 bila aku pandang tempat yang aku berhenti tu di kawasan Batu putih terus aku jalan semua. (moralnya : jangan nak magrib baru nak balik rumah)
Cerita ini adalah daripada gambar catatan bekas ketua kampung Batu Putih iaitu Allahyarham Hj Sulaiman Bin Onn yang aku pun petik dari blog dan aku tukarkan dari tulisan jawi  ke tulisan rumi. Gaya bunyi dan nahu bahasanya aku kekalkan seperti yang termaktub di dalam tulisan jawi di dalam gambar tersebut.
 Inilah dia Batu Putih yang masih diselubungi misteri.



Batu Putih adalah sebuah kampung melayu yang terletak di sebelah kanan jalan dari Simpang Lima ke Parit Sulong. Seluas lebih kurang setengah ekar.  Tumbuh bertaburan warna batu itu putih berkilau-kilauan beserta tiap-tiap sebuah batu lebih kurang dibandingkan dengan gajah.  Dua ekor gajah sama sebuah batu. Tingginya lebih kurang ada yang dua depa  dan yang ada kurang dari itu. Tetapi pada masa sekarang batu itu berwarna kelabu tidak seperti dulukala.
Kampung batu putih ini diteroka oleh beberapa orang yang datang dari Jawa Tengah yang diketuai oleh Haji Sanawi pada tahun 1876.  Diteroka dari tepi sungai Simpang Kiri hingga jejak ke Parit Kuda tengah Mukim 1, Lubuk. Pada mulanya kampung ini hendak dinamakan kampung Parit Haji Sanawi tetapi oleh kerana terjumpanya batu tersebut sebulat suara menamakan kampung Batu Putih hinggalah sekarang.
Batu-batu yang pecah di sekeliling batu besar tidak boleh diambil sembarangan. Barangsiapa yang mengambilnya terpaksa terkena pulangkan. Ini telah berlaku beberapa orang yang mengambilnya terpaksalah memulangkan semula ke tempat asal mereka mengambilnya kerana malam tidak dapat tidur badanya terlalu panas seperti ada orang yang mengacaunya.
Pada tahun 1905, pada malam isnin, sedang beberapa orang penduduk situ mengadakan maulud di masjid tempat yang ada sekarang ini seorang daripadanya yang bernama Wak Naim telah ternampak di kawasan batu putih itu terbakar sebesar-besarnya api menjulang ke langit lebih kurang dua puluh depa tingginya.  Yang menjadi anehnya orang – orang yang ada di dalam masjid itu tidak ternampak kawasan batu itu terbakar. Hanya Wak Naim seorang sahaja yang nampak. Tetapi apabila Wak Naim memegang tangan kawan-kawannya baharulah semua nampak. Pada keesokkan harinya ramai-ramai pergi mendapatkan(menghampiri)  di kawasan batu putih itu untuk menyaksikan peristiwa malam tadi. Apabila dilihatnya di kawasan itu masing-masing tercengang-cengang kerana tidak ada pun ranting atau daun-daun kayu yang terbakar. Pokok-pokok kayu hidup seperti biasa.
Pada Tahun 1924 berlaku satu lagi peristiwa iaitu angin puting beliung dari kawasan batu putih menuju bangunan masjid yang ada sekarang. Di lain-lain kawasan yang berdekatan tidak terjejas. Waktunya dalam pukul tiga petang.  
Dengar cerita  orang tua-tua situ mengatakan orang yang bertapa di Batu Putih telah keluar perkara ini memang berlaku. Setahu saya  pada tiap-tiap awal muaharan hinggalah 10 muharam ada orang yang bertapa dalam tempoh 10 hari tetapi semenjak kebelakangan ini sudah tidak ada lagi.
Pada tahun 1958 berlaku satu lagi perkara ganjil iaitu seorang hamba Allah balik dari bekerja kebun berhenti penat di kawasan batu Putih lebih kurang dalam pukul 11 pagi ternampak beberapa pandangan aneh. Pada pandangan-pandangannya di kawasan Batu Putih itu seperti bandar. Ada beberapa buah kereta, lori, bas dan motosikal berjalan menuju hal dan masing ada orang menyidai kain, ada orang berjalan-jalan dan ada orang membeli belah hinggalah pukul satu tengahari. Isterinya menunggu-nunggu di rumah . Biasanya pukul 11 pagi sudah balik. Ini pukul satu belum lagi balik. Jiran-jiran sekeliling yang turut mencari di kebun tempat mereka bekerja pun tidak jumpa. Seorang hamba Allah bernama Mokhsin mengatakan tadi dalam pukul 11 beliau sudah balik lalu di belakang rumah saya. Apabila diturut di belakang rumah Mokhsin terjumpa hamba allah tersebut sedang duduk  dengan memegang sebilah parang panjang.  Kemudian di tanya oleh orang ramai “mengapa wak ada sini ?”. Jawabnya seperti yang dia nampak tadi.
Tidak berapa lama daripada berlakunya seperti yang di atas, pemuda tempatan tak payah di sebutkan namanya masa hendak pergi main bola tangkis di sebelah kampung tersebut lalu di jalan itu terdengar beberapa suara wanita berbual-bual dan ketawa mengilai-ngilai. Kemudian pemuda itu berhenti dan mengendap. Apabila dilihatnya beberapa wanita muda-muda belaka sedang mandi bersiram-siram antara satu sama lain. Kemudian pemuda tadi mengundurkan diri terus memberitahu kepada kawan-kawanya untuk menyaksikan kejadian yang berlaku. Apabila sampai ke tempat tersebut didapati tempat itu semak samun tidak ada sebarang bekas pun.
Dengar cerita dongeng, Batu Putih itu asalnya daripada Tanah Jawa. Dilemparkan oleh seorang wali ketempat tersebut kerana untuk menindihkan sebilah keris yang bernama Sitruku Mabtar (kalau tak silap eja lah). Keris ini menjadi rebutan oleh orang-orang Jawa. Kononnya barang siapa yang dapat menyimpan keris tersebut orang itu menjadi mulia hidupnya dan boleh memerintah. Dengar lagi satu cerita mengatakan keris tersebut telah dibawah oleh orang yang bertapa semasa kejadian ribut puting beliung berlaku.
Sekianlah sahaja.
Disediakan oleh
Haji Sulaiman Onn
01/01/1994
Note: Allahyarham Haji Sulaiman Bin Onn merupakan bekas Ketua Kampung Batu Putih.


Di bawah ini merupakan Batu Putih yang terdapat semenjak aku masih kecil dahulu dan di sebelahnya pula ada menara tangki air untuk membekalkan air di sekitarnya :










11 ulasan:

  1. bang kaz &sis sue ..memang misteri la tempat ni ..orang zaman dulu dapat tengok mcm2 kan?

    Zaman sekarang ni dah der bende unik mcm ni ..

    Kadang2 tak sempat nak tengok khazanah di sebabkan dimamah usia .. Best entri ni ..menambah ilmu didada :)

    BalasPadam
  2. mak mertua aku penah citer, ada org kene ikut ponti*** sambil ngilai kat area jalan ni..huhuhu..

    -rok

    BalasPadam
  3. umi... tempat ni memang misteri sangaatt...
    Rok.... mak mentua kau dengar cerita.... aku kena sakat dengan bunyi meletop macam bom jatuh terus belah dari situ....

    BalasPadam
  4. 6 tahun duduk bp..tak pernah dgr cerita sebenarnya...tq kazman...
    perkampungan org bunianle ni gamaknya

    BalasPadam
  5. Miecyber : memang ada perkampungan bunian di situ menurut cerita orang tua-tua...
    Anim : tempat ni dah lama wujud dah.. dari tepi jalan utama dekat persimpangan jalan Simpang 5 - Parit Sulong ke Sungai Nibong...

    BalasPadam
  6. menarik sgt cerita nih...
    d sebelah tempat belalang kulim, kedah, ada juga tempat yg bernama batu putih.

    tp x tahu la pula samada sejarahnya semenarik mcm kisah d atas atau tidak :)

    BalasPadam
  7. Cerita ni merupakan cerita turun temurun... tapi pengalaman sendiri tu memang ada... malam-malam ada yang kena sakat dengan suara mengilai pun ramai yang dah kena...apa2 pun Allah maha mengetahui segalanya...

    BalasPadam
  8. Wah hebat.... tahniah, tahniah.... saya yang hari-hari lalu depan Batu Putih ni pun tak pernah ambil gambar....pernah juga berhajat nak berhenti tahun lepas, tapi cik abang kata serammmmm jer lah.... he he...Tahniah sejarah yang lengkap...

    BalasPadam
  9. Satu masa dahulu disekitar Batu Putih itu laut. Batu Putih asalanya tegak. Bila bulan terang ianya bercahaya. Ianya menjadi mercu tanda orang Hindu yang belayar dari Tarum kaIdia. Batu itu telah terlanggar perahu bugis dan jatuh berkecai. Sebelom itu orang dari Jawa selalu datang dan bertapa disitu. Begitulah yang saya tahu ceritanya.

    BalasPadam
  10. Arwah Hj Senawi adalah datuk saya..Arwah nenek Hjh Fatimah Binti Hj Senawi ketika hayatnya ada menceritakan sejarah Batu Putih..Mmg banyak misteri..kisahnya org2 kg dahulu meminjam pinggan mangkuk dari sebuah kolam disitu bila ada kenduri-kendera..dah tak ada lagi skrg..beberapa tahun lepas seorg sepupu saya menceritakan dia mengambil beberapa butir serpihan batu dan di bawa balik ke KL..akibatnya selama seminggu dia diganggu dan kepanasan..akhirnya dia memulangkan balik batu tersebut..sekadar renungan ada makhluk lain selain manusia..cuma jgn taksub sgt bimbang menjejaskan akidah..w'alam

    BalasPadam