Ahad, 15 April 2012

Syukur rezeki Adam...

Syukur ada rezeki Adam dapat simpanan tawas. Tawas ni adalah singkatan dari Tabung Warisan Anak Selangor... Mama pun sampai dah tak ingat tetiba jer  dapat surat dari Yawas iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan anak syarikat dibawah bidang kuasa Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Almaklumlah masa mama isi borang tu umur adam x sampai setahun lagi dapat jawapan lepas umur dia 3 tahun. Rupanya masa tu mungkin kota dah habis dan baru dibuka semula.



Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor. 

Faedah Perlaksanaan TAWAS

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS. 



Jadi sesapa yang ada anak lahir tahun 2008,2009 dan 2010 bolehlah membuat permohonan dengan cara
Mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi atau secara Online di sini. Pendaftaran Tawas dan Semakan

atau

Pusat Pendaftaran:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS):
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Salam Ceria di hujung minggu semuaa..

Nukilan : Mama Sue




10 ulasan:

  1. wahh..tahniah.. Adam dah ada simpanan sendiri..(^_^)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur alhamdulillah... Orang memberi kita merasa....

      Padam
  2. Huh. Anak Abe dedua birth kat Selangor. Kira boleh mohon ni. Tq for sharing bro. Kena mohon gak ni

    BalasPadam
  3. aku baru nak mohon...sekali dia kena register sebelum umur setahun la...hehehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya boleh lagi kut sebab dibuka semula untuk anak yang lahir pada 2008,2009 &2010 cuba ker hantar mana tau ada rezeki cam Adam. Tak salah kalau kita mencuba.

      Padam
  4. Alahmdulillah, rezeki anak Selangor. Tahniah Adam..

    BalasPadam
  5. wah tahniah utk adam.. untung jadik anak selangor.. hehe..

    BalasPadam
  6. wah bagusnya skimmcm ni, alhamdulillah syukur dengan rezeki dari-Nya...

    BalasPadam
  7. Rezeki Adam,nie utk anak selangor ajelah yea....

    BalasPadam
  8. wahhhh seronoknya ... suke umi baca entri ni :) ..adam memang best :)..rezeki ni :)

    BalasPadam