Ahad, 21 Ogos 2011

Desa Sri Qaseh 21/08/2011

Pada petang Ahad lebih kurang pukul 4 petang kami sampai di Taman Desa Sri Qaseh. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Nampaknya kemajuan pada kali ini kami perhatikan banyak tertumpu kepada pembinaan tiang konkrit rumah untuk semua unit. Seperti biasa hanya rumah untuk unit PT3810 hingga PT3815 yang telah hampir siap proses menaikan dinding dan palang besi struktur bumbung. Rumah kami yang berada di PT 3821 juga dalam proses untuk menaikkan dinding batu bata merah dan palang besi bumbung. Keseluruhan rumah yang lain dalam proses pembinaan tiang rumah dan palang konkrit bumbung.
 Kami akan menerangkan dengan cerita bergambar di bawah ini .....





Paip saluran air kumbahan yang digunakan untuk perumahan kita. Jenama GBH ini merupakan antara jenama yang kira berkualiti dan baik dalam kelasnya daripada segi teknologi pembuatan paip dan anda semua boleh melayari di web : http://www.gbhgroup.com.my/clay-pipes.html .


Rumah di lot PT 3810 hingga PT3815 yang telah hampir siap dinaikkan dinding dan palang besi bumbung.


Rumah di PT 3816 hingga PT3822 yang telah siap dinaikkan palang besi bumbung. Batu bata merah tersusun sedia untuk dinaikkan dinding rumah setelah kayu-kayu pancang sokongan konkrit dibuka dan di bawa keluar.


Rumah di PT 3810 hingga PT3815 yang hampir siap proses menaikkan dinding dan palang besi bumbung. Batu bata pasir banyak terdapat di hadapan rumah untuk proses membuat dinding antara bilik dan ruang dalaman rumah.


Rumah kami di PT3821 yang telah siap dinaikkan dinding batu bata merah dan palang besi bumbung. hanya proses menaikkan dinding ruang dalaman yang belum dan batu bata pasir banyak terdapat di rumah kami memenuhi ruang dalaman rumah.


Rumah kami di PT3821 yang berjiran dengan rumah PT 3820 yang telah siap dinaikkan  palang besi bumbung.

Rumah bakal jiran kami di PT3822 yang telah siap dinaikkan dinding batu bata merah dan palang besi bumbung. hanya proses menaikkan dinding ruang dalaman yang belum dan batu bata pasir banyak terdapat di rumah kami memenuhi ruang dalaman rumah.



Rumah kami di PT3821 dalam proses menaikkan dinding ruang dalaman yang belum dan batu bata pasir banyak terdapat di rumah kami memenuhi ruang dalaman rumah.



Palang besi bumbung yang telah siap di pasang.


Batu pasir untuk menaikkan dinding yang terdapat di PT 3822 iaitu bakal jiran kami juga.


Ruang belakang rumah di PT 3820. kerja meratakan tanah di belakang rumah telah selesai dan proses untuk memendapkat tanah yang telah dikorek disebabkan pemasangan paiping bawah lantai rumah.


Ruangan belakang di lot PT 3752 hingga PT 3757. Kami berfikir mungkin selepas hujung tanah ruangan belakang ada disediakan tangga menurun jika mengikut ketinggian halaman dengan jalan belakang tersebut.


Pekerja yang tekun menyiapkan besi tetulang konkrit walaupun di hujung minggu orang lain berehat. di anggarkan ada lebih 10 orang yang bekerja pada hari ahad ketika kami tiba untuk mengambil gambar rumah kami.


Inilah rupa bilik utama setelah dinaikkan dinding.


Ini pula rupa dinding utama ruang tamu dan pintu hadapan.


Pandangan bilik air utama di sebelah hadapan dari ruang tamu dan ada pintu untuk ke tandas maka tak perlulah melalui bilik utama jika ada tetamu ingin menggunakan tandas.


Pintu bilik ke dua dan pintu tandas yang bersebelahan.


Ruangan dapur yang berhadapan dengan pintu bilik nombor 3 dan 4.


Ruangan dapur yang bersebelahan dengan tandas ke dua.


Baru bata pasir dilambakkan di ruang tamu untuk proses menaikkan dinding bilik tidur.


Beginilah struktur rangka besi bumbung rumah yang telah siap di pasang. Selepas ini akan di pasang besi melintang di setiap frame bumbung untuk disusun genting.


Tiang utama rumah yang telah siap dibina untuk lot PT3780 hingga PT 3800.


Tiang utama rumah yang telah siap dibina untuk lot PT3780 hingga PT 3800.


Perkembangan Lot Rumat PT 3738 hingga PT 3751 yang baru siap pembinaan acuan konkrit struktur bumbung. Selepas ini simen konkrit akan dituang ke acuan dan terbentuklah struktur bumbung.


Semoga dengan sedikit info ini kita sama-sama dapat mengetahui perjalanan pembinaan rumah ini sebagai rujukan tidak formal bila hendak mengubahsuai rumah atau apa-apa tujuan kehendak setiap rumah sekalipun. Kami ucapkan Selamat berpuasa dan Berhari raya kepada semua bakal jiran kami dan Maaf Zahir Batin jika ada tersilap info yang kami paparkan. Bagitu juga dalam penyampaian bahasa kami yang mungkin terkasar kepada pembaca. Kami berdoa supaya rumah ini dapat siap dengan lancarnya dan mengikut jadual. Sekian. Terima Kasih.



12 ulasan:

  1. bila jangka siap ni tuan ?..tahun depan raya rumah baru la kan ..

    BalasPadam
  2. Insyallah tahun depan kalau mengikut perancangannya...

    BalasPadam
  3. bagus la rangka besi utk bumbung tu.
    kurang sikit risiko diserang gagak AOM.
    sorry silap, diserang anai2. harharhar

    kuak2...

    BalasPadam
  4. Salam tuan tanah.

    Salam perkenalan dari saya "ochai" thread owner DSQ, forum Bicara Jutawan.. setelah sekian lama membiarkan thread bersarang, hari ini saya amat berbangga dengan ujudnya blog tuan bersama gambar-gambar yang menjadi perangsang kepada pemilik-pemilik unit DSQ.. (saya akan terus menyokong melalui reccomendation link kepada tuan-tuan pemilik yang saya kenali) dengan harapan blog tuan akan menjadi perangsang kepada mereka bahawasanya, pembelian/ pelaburan aset di DSQ adalah pembelian yang amat-amat berbaloi!! Insyaallah...

    BalasPadam
  5. Link kepada thread DSQ di Bicara jutawan...
    http://www.bicarajutawan.com/forum/t33545-2/#post555921

    BalasPadam
  6. terima kasih rakan blog... saya akan pantau dan ambil setiap proses pembinaan untuk rujukan kami di masa hadapan... pemaju/ kontraktor ( abg Jef ) pun alhamdulillah sudah memberikan kerjasama dan info berguna setiap kali saya melawat tapak...

    BalasPadam
  7. Mebbe satu hari yang sesuai kita bole buat perjumpaan di tapak bagi pemilik unit DSQ..

    BalasPadam
  8. terima kasih kawan... secara tak langsung telah tolong aku menaikkan rating blog ini. Lagi pun aku ambil gambar sebab untuk rujukan aku dimasa hadapan. Dah beli kat situ kan... tu sebab ambik gambar perkembangan rumah aku kat situ dan juga boleh syer juga kepada pembeli yg lain. Insyallah aku joint jika ada perjumpaan.

    BalasPadam
  9. saya pun salah seorang jiran anda nanti :)

    BalasPadam
  10. apa khabar anda semua? sy pun salah seorang jiran di DSQ. xsabar rasanyer nak duduk umah baru. diharapkan anda dpt update info psl DSQ.

    BalasPadam
  11. Salam, kalau ada owner-owner rumah Desa Sri Qaseh yang ingin menjual rumah anda, sila hubungi saya, 017 633 0132 (Khairul - Property Agent) .

    Ramai buyer menanti.

    Tq

    http://www.kproperty.my
    http://www.mudah.my/khairulproperty

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini