Rabu, 29 Ogos 2012

Taman Desa Sri Qaseh 26/08/2012 Taman Permainan Kanak Kanak dan Landskap Taman

Kami harap tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada bakal-bakal jiran kami ini. Jika ada tersalah fakta dan maklumat harap dimaafkan. Rasanya hampir sebulan lebih kami tidak update perkembangan perumahan Taman Desa Sri Qaseh ini. Sepanjang kami tidak update kami ada juga pergi melihat perkembangan pembinaan Taman ini tetapi tidak banyak perubahan yang ada untuk dikongsi bersama. Kebanyakkan kami perhatikan adalah kerja-kerja membaik pulih kecacatan yang ada pada binaan rumah sahaja. Selain itu, kerja  pembinaan landskap taman pula yang giat dijalankan... Jadi kami ingin berkongsi mengenai suasana di sana yang kami ambil untuk tatapan bersama.

Gambar seterusnya adalah gambar Taman Permainan untuk kanak - kanak dan orang dewasa untuk beriadah bersama seisi keluarga. Harap dapatlah kita kekalkan kemudahan yang ada bersama - sama.





Di sebelah Taman permainan pula terdapat kawasan lapang seperti padang yang merupakan sebagai kawasan perangkap air ketika hujan. Maknanya air hujan yang turun mencurah berlebihan di taman ini akan bertakung sementara sebelum air hujan tersebut mengalir keluar dari taman dan menuju ke anak sungai yang terdapat bersebelahan taman perumahan kita ini.



Manakala pokok - pokok yang ditanam pula adalah dari jenis pokok perhiasan taman untuk mencantikkan lagi taman perumahan rumah kita. Jom kita lihat gambar pokoknya yang akan ditanam di taman perumahan kita....




Begitulah serba sedikit perkembangan yang terdapat di Taman Desa Sri Qaseh sehingga kini. Kalau mengikut perjanjian pun dijangka siap pada bulan Januari 2013. Harap - harap tiada kelewatan atau kesulitan yang kita hadapi. 

41 ulasan:

  1. cantiklah taman permainan tu.. siap sedia juga utk org dewasa beriadah... kat taman perumahan sya ni ada taman permainan utk kanak2 ajer

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe... mak bapanya boleh jogging sekitar taman jugak kan...

      Padam
  2. Cool la siap boleh wish kat bakal-bakal jiran. Belum jadi jiran lagi dah tunjukkan ciri-ciri jiran yang baik. :). Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat masa ni cuma jadi "jiran alam maya" ajee lagi... heee3x...

      Padam
  3. leh lah jogging kat situ nnt.. hahaha "stresss"

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jogging nanti tak de la stress lagi... haaa3x... ke nilai pun dah dekat... heee3x..

      Padam
  4. assalamualaikum kazman sue....dah semakin cantik keadaannya bila siap nanti boleh lah bermain n jogging di sana...:)

    BalasPadam
  5. tak sabar nak tengok rumah baru Kazman /Sue..tak lama dah kan 2013.

    BalasPadam
  6. kanak2 la y paling teruja nak maen kat situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.... Taman tu anak2xkami dah test dulu dah.... Seronok mereka semua....

      Padam
  7. Kalau nk buat Aduan keretakan boleh ker sekarang.. Sebab belum serah kunci.
    Kalau boleh Bagaimana cara. Nk jumpa siapa yg urus kes ni. En kazman Ada no tel x.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo.... Buat masa ni tak boleh lagi komplain mengenai rumah sebab belum serah kunci.. Tapi rumah saya tu saya minta tolong repairkan masa masalah keretakan dinding dan tembok yg condong tu dengan penyelia side yang duduk dalam opis kat depan tu. Cakap baik2x je sambil berbual dan dia akan tengokkan pekerja indonesia itu buatkan balik kerosakan tu. Jumpa dengan encik jef sebab dia consultant tapak projek di situ. Dan lagi masalah keretakan di rumah jiran2x saya tu rumah cikgu zie jiran saya pun dia dah buatkan.... Selagi tak serah kunci kita bolehguna cara diplomasi aje dgn mereka.

      Padam
    2. Selamat Hari Raya semua...allahu akbar..terima kasih buat abang kaz n kak su sbb tlg tgkkan rumah saya..

      Padam
    3. Tq..en kazman... Harap2 en. Jef tu layan le permntaan saya ni.

      Padam
    4. asalamualaikum, saya ingin bertanya, rumah di situ ada kosong lagi tak....da tk yang nk menjual atau ada lagi rumah kosong yang belum ada pembeli.....ni email saya nisma_nora@yahoo.com

      Padam
    5. ada sapa2x yg nak jual rumah bolehla direct berurusan yee... iklan kat mudah pun dah sold out....

      Padam
    6. En. Kazman.. Kat mudah jual RM 26k pun dh sold out.... Panas.panas.. Cam tu nak jual rm30k lah.Ada yg sudi..

      Padam
    7. boleh nak jual sampai rm300K tapi loan tak sampai tinggi macam tu pun susah juga nak jual... teringat masa mohon loan rumah ni dulu kat bank islam nilai... Saya mohon loan cuma rm152K tapi bank islam nilai offer sampai rm200K sebab value rumah ni tinggi disebabkan keluasan tanah 20X80 dan lokasi di tepi highway... itu dulu laaa.. awal tahun 2011...

      Padam
  8. Seronok tengok taman permainan kanak2 sekarang ni ceria betul & macam2 jenis permainannya :)

    BalasPadam
  9. harap2 semuanya siap mengiikut jadual

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah hendaknya.... Kalau bro tersesat ke sini jgn lupa singgah.. Haaa3x

      Padam
  10. Salam kenal ….
    Follow blog bro ! Salam Terjah dari http://badsocks.blogspot.com from segment Hanif Idrus Segmen Menerjah
    wak jemput untuk singgah ke blog wak :)

    http://badsocks.blogspot.com/2012/08/diterjah-dari-belakang.html

    BalasPadam
  11. dah nak siap tu...taman permainnan pon dah ada...seronoknya...hehe

    BalasPadam
  12. semakin maju tu... dah nk siaplahtukan.. emmm seronok kan boleh masuk rumah baru

    BalasPadam
  13. Bestnya ada taman permainan..seronok anak2
    Taman perumahan akak ni depan padang tapi tak de mainanlah ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... Itu ikut pihak pemaju perumahan tu nak buat alatan taman permainan tu...

      Padam
  14. kalau bawak anak2 ketaman permainan pasti kena bertapa lama sikit

    BalasPadam
  15. syukur..segala2nya berjalan dgn lancar..
    moga2 Allah permudahkan segalanya..
    walau pun sy keberatan nak pindah umah baru sbb
    arwah ayah sy x sempat nak tgok rumah pertama
    yang kami beli...sedey pulak..:(

    BalasPadam
  16. wah...menarik...kancil pun ndak sabar untuk menanti rumah baru

    BalasPadam
  17. cantik dan kemas landskap nie ..
    menarik ;)

    BalasPadam
  18. nampak cam best je, menarik!

    BalasPadam
  19. bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa ..mkin cantik la kawasan perumahan tu bang .. dengan adanya taman permainan ..lebih mengembirakan suasana ..

    umi hari tu tak dapat nak singgah nak ucap mat hari raya tau .. harap tak terlambat untuk umi ucapkan selamat hari raya aidilfitri ..maaf zahir dan batin buat abang kaz ..sis ros ..seisi keluarga (^_^)

    BalasPadam
  20. makin lama makin best siap ada taman permainan lagi... cantik la kawasan perumahan ni, tepat sekali pilihan kalian...

    BalasPadam
  21. seronok... anak2 saya pantang nampak playground ni... melompat nak main....

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum..
    Alhamdulillah ada tempat untuk anak bermain...

    BalasPadam
  23. Ada dengar cite. Kat belah kanan lepas jejambat menghala ke klia sebelum bomba tu nak buat kompleks duty free zone.. Betul ker. Kalau la betul.. Peeh Tambah maju le area tu.. Naik le harga lagi..

    BalasPadam
  24. Hari ahad ni 30 Sept pemaju minta dtg site office untuk selesaikan api air, tnb dgn syabas.. en kazman/kak sue dipanggil bila?sabtu/ahad?nanti kalau jumpa boleh la berkenalan...

    BalasPadam
  25. Hari ni dapat masuk rumah sendiri setelah sekian lama tengok dalam blog je...apa yg bestnye, pokok durian tengah berbuah...anak pun dah gi main kat taman. tapi x dpt jumpa abg kaz n kak su..

    BalasPadam
  26. Hari ni. Bayar deposit air api. Kata YZ tadi kazman baru jer balik. X Sempat nk jumpa ngan kazman. Apa2 pun sangat berpuas hati ngan projek ni. Rata2 jiran yg ketemu tadi semua ok. Kata YZ esok kerja2 utk tar jalan. Harap projek ni dpt disiapkan Dlm masa yg ditetapkan.

    BalasPadam
  27. Aslmkm..in case kalo ade pembeli yg nk jual tlg emel sy bole? Nk beli utk duduk sendiri. T.kasih seir80@yahoo.com

    BalasPadam