Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru...SK Bagan, SM Dato Onn, SM Teknik

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru adalah antara sembilan buah sekolah teknik asal di Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan pada 16 Januari 1974 dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB Dr. Mahathir Mohamad pada 26 Jun 1976. Pengetua pertama ialah Encik Omar bin Abdul Rashid. Kemudian diikuti oleh dua orang guru bidang teknikal iaitu Encik Lim Theong Keng dan Encik Wong Kiew Chye. Pada 27 Januari 1974, tiga orang pelajar pertama telah mendaftar di sekolah ini. Pada awal penubuhannya sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantaraan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bangunan sekolah ini mula digunakan pada 20 April 1974 dengan menempatkan seramai 112 orang pelajar dari jurusan Mekanikal, Binaan Bangunan dan Pertanian. Pada bulan Mei 1974 pula, asrama putera mula digunakan dan menempatkan seramai 80 orang pelajar. Seterusnya pada bulan September tahun yang sama asrama puteri pula mula digunakan dan menempatkan seramai 30 orang pelajar.

Pada akhir tahun 1975, merupakan hari pertama pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan SPM/MCE. Sehingga tahun 1975 juga sekolah ini mempunyai seramai 33 orang guru. Pengambilan pelajar Tingkatan 6 Rendah aliran Inggeris telah dimulakan pada tahun 1977. Jurusan Perdagangan bermula pada sesi persekolahan 1985.

 Gambar di atas merupakan kenangan aku ketika habis waktu prep dari pukul 2:30 petang sehingga 5:00 petang dan waktu yang tercatat di gambar di atas pada pukul 5 :11 petang. Semua rakan-rakan di atas mempunyai kerjaya yang jauh lebih baik dari aku dan aku tetap bersyukur kerana masih dapat bersama mereka sehingga kini walau hanya di dalam facebook sahaja.


Kelas 5 Mekanikal 1... Guru kelas yang sangat baik dan mengambil berat iaitu Cikgu Khadijah yang prihatin dengan masalah kerabunan mata aku ini dan dengan usaha beliaulah  aku dapat beli cermin mata pertama dalam hidup aku dengan bantuan skim biasiswa kerajaan. Kiranya cermin mata free la dengan duit biasiswa. Itulah kelas yang terakhir aku diami sepanjang sesi persekolahan hidup aku pada 1992 dan merupakan pelajar terakhir mengikuti sistem pembelajaran KLSM (Korikulum Lama Sekolah Menengah ) . Mulai sesi 1993/1994, KBSM ( Korikulum Baru Sekolah Menengah) telah mengambil alih dan sekolah telah menawarkan tiga jurusan baru iaitu Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Kejuruteraan Jentera yang menggantikan kursus Binaan Bangunan dan Mekanikal selain Jurusan Pertanian dan Jurusan Perdagangan yang sedia ada.

Selamat Hari Guru untuk guru di Sekolah Kebangsaan Bagan ( 1982-87 ), Batu Pahat, dan Sekolah Menengah Dato Onn ( 1988-90 ) di simpang 5, Batu Pahat dan Sekolah Teknik di Johor Bahru (1991-92 ). Di Sekolah Teknik inilah telah membentuk aku untuk menimba ilmu asas kejuruteraan untuk kemajuan negara ini. Semua jasa Mu ku bawa hingga ke mati...


20 ulasan:

  1. Selamat Hari Guru buat guru-guru. Memang indah kenangan kita bersama guru-guru.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Guru... kalau boleh Queen nk kembali ke zaman sekolah dulu...

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang tak jemu2 mencurahkan ilmu....

    BalasPadam
  4. selamat hari guru untuk semua cikgu..waahh masih ada lagi gambar dulu2 eyh..sweet sangat..:)

    BalasPadam
  5. selamat hari guru cikgu pensayarah :D

    BalasPadam
  6. Kakak nak tahu ini nukilan Kaz atau Sue? Sekolah Bagan tu sekolah kakak ipar kakak tapi sekarang dia dah bertugas di Sri Maimon Pt. Yusof. Kakak selalu ke batu 5 Parit Besar beli ikan fresh di situ bila balik kampung hubby kakak.

    Macam boleh jumpa masa Raya nie hihi...

    Sekolah Teknik sampai sekarang masih dikenali sebagai satu dari sekolah terbaik di JB.

    Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni nukilan Kazman. Dia orang Bt pahat..

      Padam
    2. Ooo... kat bagan tu yee ada kedai cina banyak jual ikan segar... saya pun dulu ada beli kat situ... sampai sekarang ni pun ada jual lagi tapi kedai yang sederet dengan klinik bagan tu dah tak de.... banyak nostalgia kat situ... pi memancing ikan kat muara pantai berlumpur belakang tu...

      Padam
  7. selamat hari guru
    moga dpt menjadi guru yg terbaik buat anak2 bangsa kita ! .. ;)
    saya sek di JB gak
    tahun 1987 ... Sek Men Perumahan Tampoi ! .. ;))

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kazman sue...selamat hari guru....oh yer ke Sekolah Teknik JB adalah sekolah teknik terbaik...skg ini anak mama di Sekolah Teknik Perdagangan bersebelahan ngan sekolah Teknik JB....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... saya dah masuk dah sekolah tu dulu... masa tu ada sukan lawan persahabatan... kitaorang semua kekok nak main badminton kat sana sebab terkejut ramai sangat pompuannyaa... haaa3x...

      Padam
  9. selamat ari guru kazman sue.......

    BalasPadam
  10. selamat hari cikgu untuk semua cikgu² :D

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Guru. jasa mu tetap kami kenang walaupun cikgu2 pernah belasah saya dengan rotan.

    BalasPadam
  12. Selamat hari guru kepada semua guru2.
    Seronok kan masih dapat berhubung dengan kawan2 lama.

    BalasPadam
  13. selamat hari guru kepada semua guru2 di malaysia... done follow - Noob

    BalasPadam
  14. kenagan yg x dpt d beli dgn wang ringgit

    BalasPadam
  15. kenangan yg tak dapat dilupakan dan terindah waktu zaman persekolahan...

    BalasPadam