Khamis, 2 Ogos 2012

Rock Sampai Ke Syurga ......

Semalam di Masjid MMU telah diadakan usrah forum perdana dengan tajuk Rock Sampai ke Syurga. Panelnya pula di hadiri oleh Ustaz Fauzi sebagai pengacara, Sham Kamikaze, dan Imam Muda Asyraf. Seronok mendengah celoteh mereka bertiga dan banyak ilmu yang dapat di manfaatkan. Acara yang berlangsung dari 5:30 petang sehingga berbuka puasa telah dihadiri oleh warga staff dan pelajar Multimedia Universiti.

Antara isi pati ceramah yang di sampaikan oleh Sham adalah mengenai kesukaranya untuk berubah  ke jalan yang di redhai Allah.... antara kata-katanya " macam mana saudara susah untuk berpisah dengan handphone kesayangan saudara begitulah susahnya untuk meninggalkan amalan memakai anting-anting yang pernah dilakukannya...  Tapi bila kita sudah sayang pada Allah maka kita pun akan susah untuk meninggalkan suruhannya...."

Manakala isi pati ceramah yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf pula ialah mengenai Hidayah Itu Milik Allah. Beliau bercerita mengenai ahli sihir di zaman nabi Musa yang telah serta merta memeluk agama Allah setelah ular-ular mereka itu di telan oleh ular Nabi Musa yang menjelma dari tongkatnya. Sebelum peristiwa itu, ahli sihir itu pernah memakai pakaian ala-ala nabi Musa sahaja sebelum mereka berlawan dengan sihir ular di depan Firaun.... Hanya dari suka-suka mencuba gaya Nabi Musa apabila mereka berlawan ular mereka terus mendapat HIDAYAH Allah.... Betapa besarnya Kasih Allah kepada manusia....


Ini pula adalah suasana hadirin yang mendengar ceramah forum perdana di masjid MMU tempat dimana lokasi forum perdana diadakan. Sambil kita menunggu untuk berbuka puasa sambil kita mencari sedikit keberkatan amalan mendengar ceramah keagamaan.

Doa Hari Ketiga Belas yang elok kita amalkan bersama.....

اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ
Ya Allah, Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah
Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah
Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin....aamiin



Bila tiba waktu untuk berbuka puasa, kami pun berbuka beramai-ramai sesama staff dan pelajar. Aktiviti begini memang patut kita bagi sokongan untuk menghidupkan sinar Ramadhan....

20 ulasan:

  1. assalamualaikum kazman sue...memang best la...:)

    BalasPadam
  2. seronoknya ada ceramah macam ni dan terima kasih kerana berkongsi di sini...

    BalasPadam
  3. seronoknya
    dah lama x rasa suasana macam nie

    BalasPadam
  4. seronoknya kalau ada majlis2 camni..

    BalasPadam
  5. tq sharing..oo shamnie pakai anting2 ek dulu.tulahh mcm diana amir seksi kemain dulu tapi laa nie pencinta Ilahi..suka tgk..mmg btl kta imam muda ashraf "hidayah itu milik Allah"kita org sekeliling jgn sentiasa menghukum yang jahat tak seterusk=nya tak diberi hidayah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... bukan hak kita untuk menghukum orang tu jahat ke baik....

      Padam
  6. inti pati ceramah amat berguna kan..:)

    BalasPadam
  7. Bagusnya Kaz/Sue. Kakak sokong cara ini. Life dengar ceramah sementara tunggu ifftar. Serook pun ye juga.

    BalasPadam
  8. best nye bila dpt dengar ceramah2 agama di bulan yg mulia mcm ni kan..lagi semangat rasanya nak menambahkan amal ibadah :)

    BalasPadam
  9. thnks for sharing..... ilmu yg ditimba dikongsi bersama... moga bermanfaat utk semua...

    BalasPadam
  10. pasti basguskan ceramah N byk ilmu yg dapatkan

    BalasPadam
  11. Seronoknya dapat menghadiri majlis macam ni, penuh barakah!

    BalasPadam
  12. rasa mcm dah lama x dgr ceramah live mcm ni.. selalu tgk kat TV jer...

    BalasPadam
  13. wah..ramai kan..mesti seronok..kt sini xde pula dorg adakan mjlis2 mcm ne..huhu

    BalasPadam
  14. menarik ni kat sini pun ada jemput Imam Asyraf... next week rasanya...

    BalasPadam
  15. Silonoknya. Dapat pergi majlis ilmu macam ni. Tajuk yg diperbincangkan pun agak menarik.

    BalasPadam
  16. banyak menafaatnya, syukur alhamdulillah..

    BalasPadam
  17. semakin kita mengejar akhirat...dunia semakin menghimpit kita. berat dugaannya.

    BalasPadam
  18. Bagus ada aktiviti sebegini. Pengisian yang menarik juga. Harap dapat dijadikan panduan bersama

    BalasPadam