Jumaat, 4 November 2011

Pam Minyak Waja

Selamat pulang ke kampung semua..........Kali ini aku nak berkongsi pengalaman mengenai ragam kerosakan pam minyak waja. Jika alat ini rosak...alamatnya berkemah di tepi jalan la jadinya... Maka aku ingin berkongsi pengalaman untuk mereka yang memerlukan sedikit ilmu ketika menghadapi kecemasan ini. gambar di bawah ini merupakan pum minyak waja yang selalu dikatakan rosak oleh sesetengah pihak. Sebenarnya tidak semua perkara jika enjin tidak boleh start disebabkan oleh kerosakan pam minyak ini. Memang benar pam minyak ini mudah rosak jika penjagaannya kurang memuaskan.


Sebenarnya tidak semua kegagalan minyak untuk sampai ke enjin kereta disebabkan oleh kerosakan pam minyak waja ini namun ia berkait rapat dengan keseluruhan komponen tersebut.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai penjagaan pum minyak waja ini supaya tidak mudah rosak seperti berikut:-

1) Jangan amalkan minyak kereta kita di bawah paras 3/4 keseluruhan tangki ( senang citer jangan amalkan meter minyak tu pada paras "E" atau "O" sahaja ) ...... Bila minyak pada paras bawah ini akan menyebabkan motor pum akan bekerja lebih berat untuk mengepam minyak petrol itu ke dalam enjin. Lama-kelamaan pam minyak akan mudah rosak....

Meter minyak petrol waja
2) Masa mula-mula kita hendak start enjin bagi dulu lampu enjin terpadam... ini kerana semasa kita "on" kunci kereta maka ECU ( simbol seperti gambar di bawah ini ) akan mula bekerja untuk memeriksa sistem pengoperasian enjin kereta samada dalam keadaan sempurna atau tidak... Namun untuk sistem kenderaan yang baru ini ia tidak perlu tunggu lampu simbol enjin terpadam namun berilah beberapa saat sebelum menghidupkan enjin. Ini boleh menyebabkan fius ECU terbakar.
.

3) Pastikan wayar sambungan tersebut tidak di pijak ( wayar tersebut kadang-kadang terjatuh dan berada di lantai ) atau tertindih benda berat di lantai tempat duduk belakang sebelah kanan. Cuba lihat gambar di bawah ini.... Kedudukan wayar tersebut sepatutnya berada di dinding lantai dan bukan di atas lantai. Jika penumpang yang duduk di situ terpijak wayar tersebut akan menyebabkan pam minyak gagal untuk beroperasi.


 Cara-cara untuk mengenal pasti kerosakan pam minyak waja ini dan cara untuk mengatasinya :-

1) Dengan secara tiba-tiba kereta" TERSENGGUT-SENGGUT " dan terus mati ketika memandu.....ini kena double check dulu...samada minyak sudah habis...heee3x... atau  disebabkan oleh dua faktor seterusnya ini...

2) Start enjin banyak kali tetapi tak hidup-hidup enjin TETAPI bunyi starter enjin lancar seperti biasa....Ini biasanya terjadi disebabkan wayar ke pum minyak telah terputus terus atau motor pum minyak sudah rosak... Nampak tak soket yang sudah tiada dalam petak kuning seperti gambar di bawah ini. Saya dah sambung terus wayarnya tanpa menggunakan soket penyambungan wayar lagi.
Soket wayar pam minyak waja yang telah disambung
3) Tiba-tiba fius enjin TERBAKAR ATAU PUTUS sambungannya.... ini biasanya disebabkan litar pintas yang berlaku pada motor pum minyak , terdapat litar pintas pada wiring atau litar pintas pada soket wiring.... Gambar di bawah menerangkan bagaimana fius tersebut sudah hampir-hampir rosak... bila dia sudah terbakar maka sambungan kecil itu akan terputus....



Ini akan menyebabkan ECU gagal berfungsi.... ECU merupakan sebuah alat elektronik yang mengawal segala urusan berkaitan pengoperasian enjin kereta waja ini. Maka cara untuk mengatasi kita cabut fius yang sama arus ( A = ampere ) sepertinya yang digunakan untuk lampu ke... atau lain-lain yang sama nilai 15A ...dan pasang pada ECU fius soket tersebut. ( sementara aje yee) maknanya lampu atau bahagian yang dicabut lepas ni tak berfungsi la pulak yee... tapi keter berjalan lagi penting kan!!!...

Kotak fius waja di bahagian enjin.

Kotak fius waja di bawah dashboard sebelah pemandu

Setelah kita mengenal pasti mari kita pelajari cara -cara memeriksa bahagian-bahagian yang ada potensi besar untuk mengalami kerosakan ini:-


Inilah kedudukan pum minyak kereta waja di bawah tempat duduk belakang... Kita buka penutupnya maka akan kelihataanlah pam minyak tersebut. Diatasnya ada soket penyambungan wayar ke pum minyak dan hendaklah diperiksa terlebih dahulu jika ada kesan terbakar atau terputus... kemungkinan soket ini rosak juga boleh berlaku ....

 Kemudian periksa sambungan wayar pam minyak yang terdapat di bawah karpet lantai kereta di bahagian tepi sebelah kanan kerusi penumpang belakang. Anda akan berjumpa dengan satu soket penyambungan wayar di situ. Jika soketnya tercabut sila la sambung semula dan jika soketnya sudah ada kesan terbakar atau klip sambungan wayar tu sudah longgar saya syorkan kita buang je soket tu dan sambungkan aje wayar tu seperti gambar yang saya buat seperti ini di dalam petak kuning.....  Lebih elok kita melakukan sambungan wayar menggunakan solder lead dan balut dengan soletape hitam sebagai pembalut. ini lebih baik... Tetapi jika putus di tepi jalan dalam perjalanan bagaimana.... kita sambung je secara manual pintalkan wayar tersebut dan balut dengan kertas pun boleh atau penebat yang lain.


Jika semua faktor di atas tidak berlaku maknanya memang pam minyaknya sudah rosak.... tapi kalau kena di tepi jalan mana nak cari barang pam minyak tersebut???? tentu sukar bukan.... Jadi saya nak kongsi langkah-langkah kecemasan ketika terkena kerosakan ini di tepi highway atau di mana-mana perjalanan...

Caranya :- 

1) Buka Seat kereta belakang dan keluarkan pam minyak tersebut... buka penutup terlebih dahulu dan tanggalkan soket wayar dan seterusnya buka putarkan mengikat pam minyak tu sehingga longgar mengikut arah lawan jam...

2) Keluarkan pam minyak tersebut dan keringkan segala minyak petrol yang terdapat dalam pam minyak dengan cara tonggengkan terbalik pam minyak tersebut berulang kali....

3) Setelah kering pam minyak tersebut maka sambungkan soket wayar tersebut ke pam minyak kembali... sambil pegang badan (plastik) pam minyak tersebut maka suruh la isteri ke ... anak ke... start enjin untuk beberapa saat sampai dengan bunyi motor pam itu berbunyi ( beroperasi )... jika Ada bunyi pam minyak tersebut maka anda selamat dari berkelah di tepi jalan dengan lamanyaa...

4) Pasang kembali pam minyak tersebut dan mulakan lah perjalanan kembali.... pastikan minyak penuh dalam perjalanan tersebut. ( kaedah ini pernah saya cuba sendiri dan berhasil ) namun mesti ada sebabnya kan.... kemungkinan ada kotoran yang menghalang kipas motor pam itu berfungsi atau disebabkan carbon brush motor tu sudah pendek maka pam motor tu stack ( jem )... lepas tu boleh lagi saya pakai pam minyak tu... heee3x... Sebenarnya kereta saya sudah 9 tahun pakai baru ganti pam minyak ni...sapa kata ia mudah rosak jika penjagaannya baik....heeee3x




59 ulasan:

  1. terima kaseh atas info ni bro ..ramai yg x tau ni .. termasuk lah saya

    BalasPadam
  2. Saya tak reti nak servis atau check apa2 pasal keter...check minyak jer tau... kalau tersadai tepi jalan alamatnye saya akan call hubby untuk selesaikan masalah...

    BalasPadam
  3. Info ni berguna sekali .leh share kat kawan2 nanti :)

    Umi datang nak ucapkan selamat hari raya haji .. buat abang sekeluarga ..hihi. Awal pi tau ..takut nanti bz kat dapur hihi :)


    Take bang kaz and sis sue :)

    BalasPadam
  4. khairul & lady ija - sekadar berkongsi ilmu dengan pembaca...heee3x... untuk masa2x kecemasan....

    Umi - selamat hari raya haji juga...

    BalasPadam
  5. Pittttt pittttttt umi datang singgah tengok entri abang ..mesti abang n sis sue sedang sibuk ..umi selesai da kat dapur yeayyyyyyyyy

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian...sy juga ada sebijik waja yang dah 9 tahun (sy beli 2nd hand).. memang menguji kesabaran apatah lagi musim2 hujan mcm ni... skang snang la sy utk merujuk pasal hal2 kereta hehehehe...

    BalasPadam
  7. Salam. Nk tny la, hri tuh kete sy dh tkr trottle body pas2 ok.. Skali sy nk blk jew kete sy tersenggut2 mcm enjin nk mati.. Bila tekan minyak pon die mcm xnk jln.. Lps tuh kwn sy ambik g bengkel die blk.. Die tkr coil plug pon sme gak.. Dh turning pon sme gak.. Last skali terpaksa la sy hntr ke proton.. Smpi ke hri nie still sme gak.. Leh tlh n bantu x.. Tgh buntu nie.. Kwn sy kte dkt plug tuh hny 2 je yg jln yg 2 tuh x thasilkan api.. Adakah nie smua dsbbkan wayering.. Buntu dh nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... yee... ada kemungkinan wayering problem... cuba check soket sambungan ke coil plug. Kereta waja ni dia ada 2 coil dan 2 cabel plug... saya pernah kena dan cabel plug saya yang rosak... saya ada buat di entry ni di bawah tajuk cabel plug waja dalam blog ni.

      Padam
  8. Salam... kereta saya mengalami masalah enjin tak dapat dihidupkan..
    semua dah check tapi xtau apa puca dia..
    hampeh punya kereta waja....

    BalasPadam
  9. Nak tanya...waja tak dapat nak hidupkan/start. tetapi selepas dicabut soket penyambung kat pump minyak tu, waja saya boleh dihidupkan. kemudian saya pasang semula soket tu, kereta terus hidup dan boleh dibawa. tetapi bila agak lama juga bawa, lampu ECU menyala tetapi kereta masih lagi hidup. Bahagian mana yg bermasaalah ye? Harap dapat dibantu

    BalasPadam
  10. Memang susah ada Waja ni. Kereta Waja akubaru buat hal. Dia punya wiring ngan dia punya fuel pump buat hal kali ketiga. Saya pun baru list down beberapa item pasal kereta Waja and masalah berulang dan cara penyelesaian mudah:

    http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/kereta-tak-boleh-start-apa-kena-buat.html

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. waja first model lampu milage padam..knp ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lampu milage tebakar tu...tukar mentol je

      Padam
  13. Masa kereta brgrak gear D tiba2 enjin tersedut dan gear N pula berklip2 kat meter. .kereta bergrak tp rsa berat sikit. .apa masalahnya....

    BalasPadam
  14. Sensor gearbox dh dtukar, byk yg ditukar baiki abis 1000+++ dh tp N masih lg berklip kt meter..2,3 hari nimasalah lain pula N dh tak brklip enjin pula tersedut2 lbih2 lg klau buka aircon siap dgn bau minyak..mssalh apa ya.....tq bro....

    BalasPadam
  15. asalamualaikum...saya ingin berkongsi info tentang fuel pump yer. Sebenarnya purata harga fuel pump adalah di sekitar RM380 ke RM420 di pasaran.
    Harga tersebut adalah harga satu assembly fuel pump tersebut. Sesuai dengan keadaan ekonomi yang tinggi adalah lebih baik anda meminta mekanik hanya menukar fuel pump nya sahaja. Fuel pump assembly ini boleh dibuka dengan menuil klip pada sisi pam.Kos fuel pam baru yang datang dengan fuel filter baru cuma sekitar RM80 ke RM120 sahaja.

    BalasPadam
  16. minyak waja campro cps full tank berapa

    BalasPadam
  17. knp ade bau petrol dkt tmpt isi petrol?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada bau petrol jgn starts injin atau main mancis. Tolak ke tempat yg lapang sikit buka pintu luas2.biarkan bau petrol hilang. Dan starts

      Padam
  18. Saya pun ada pr0blem yg sama.ada bau petrol kat bahagian isi minyal.adakah masalah fuel pump juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunyerr klu bau minyak sama ada leaking kat area fuel pump boleh cx dari bawah kawasan tayar blkg...atau cx pada cap pada fuel pump selalunyerr trjadi bila dah tukar fuel pump cap tu x ditutup secara yg betul...fume akan berlegar2 kat area situ...klu leaking sgt senang la boleh tukar fuel pump...tapi bnda tu jarang jarang berlaku...saya dah kene dekat 2 kali bnda kecik jer cap fuel pump tu x ditutup dgn betul

      Padam
  19. Salam admin nk tanya sikit tapi betul2 urgent waja saya tak boleh nak start jadi saya tukar relay masih juga tak boleh nak start, bila saya periksa current supply dibawah tepi tu rupanya takde, ada tak cara utk bg current tu dpt supply ke fuel pump tq

    BalasPadam
  20. Ada orang btahu pd saya tarik current dr tempat cucuh rokok dan sambung pd wayar api fuel pump boleh ke cara begini atau ada cara lain tak... tidak bahaya ke jika buat begini minta pencerahan dr pihak tuan tq

    BalasPadam
  21. Askm nk tanye kenapa bila drive kedudukan gear D tp lampu hijau N menyala.lepas gear langsung tak bertukar.

    BalasPadam
  22. Askm nk tanye kenapa bila drive kedudukan gear D tp lampu hijau N menyala.lepas gear langsung tak bertukar.

    BalasPadam
  23. mohon cadangan fuel pump brand apa yang bagus dan brapakah harga?waja 4g18 2002

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu dari china nasib klu okay lama juga lebih krg 200 je..klu taiwan okay kebanyakkannyerr waja akan guna dalam 350 klu brand jepun spt denso harga dlm 200 siap ada warranty 6 bulan...then upah tukar je lagi jimat rasanyerr...

      Padam
  24. Tiga hari dah bawa kereta wajaku tarik wayar direct Dari bateri terus ke fuel pump....dok cari puncs tak jumpa lagi...

    BalasPadam
  25. Tiga hari dah bawa kereta wajaku tarik wayar direct Dari bateri terus ke fuel pump....dok cari puncs tak jumpa lagi...

    BalasPadam
  26. sori tumpang bertanya...kotak fius bwh dashboard waja tahun 2001 dekat mana...saya cari xjumpa huhu maaf ya

    BalasPadam
  27. Nk tanya..kereta sy tsenggut2..sy try tkr fuel pump spare(xingt rosak ape yg ni) kreta still tsenggut2 tpi sikit je klau nk dbndingkn dgn fuel pump yg mula2 td..agak2 fuel pump ke puncanya?
    Waja o waja

    BalasPadam
  28. Tksh atas info2 yang berguna... saya ingin bertanya jika oil pump ok tapi cuma meter minyak tidak berfungsi.. samada perlu tukar pump @ kita boleh tukar pelampung pd pump sahaja.. Tksh

    BalasPadam
  29. Salam.. Saya nak tanya la.. Tgh bawak kereta tiba2 mati.. Start balik x boleglh.. Tunggu dalam 10 minit leh idup balik.. Jalan kejap mati... Tggu 10 minit leh idup balik.. Agak2 rosak apa? Untuk info, dh cucuk komputer, servis radiator tukar fuel filter... Still mcm tu.. Mohon khidmat nasihat

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya baru kena tadi, keta tesadai kat kuim melaka.. x tau apa punca...

      Padam
  30. Mungkin Distributor yg problem tu..dah hidup jln depan skit mati lagi kan?

    BalasPadam
  31. Mungkin Distributor yg problem tu..dah hidup jln depan skit mati lagi kan?

    BalasPadam
  32. As Salam, Sy nk bertanya kereta waja saya tahun 2002 Baru 2 hari berlaku, bila star kereta nk tutup kan suiz/kunci dicabutkan enjin kereta enjin masih hidup..kenapa yer... Pergi 3-4 bengkel masih x dpt Kesan masalah.. Terpaksa caabut Suiz pd main baru enjin Mati...

    BalasPadam
  33. Hai semua sya nak tahu kenapa ya kalau on aircond je fius terus bakar sya tukar lagi fius bakar lagi semacam panas jer.. kenapa siapa2 boleh bantu...?

    BalasPadam
  34. Trm ksh.. Sy bru kna.. Nt nak chek dlu br beli barang..

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum,selamat pg...sy nk tnya kddukan relay fuel pam utk waja enjin 4g18...myk bntuan saudara2ku..

    BalasPadam
  36. Assalam..enjin kereta waja saya tidak mati walaupon suis dah dimatikan..kenapa ye?

    BalasPadam
  37. Askm nak tanya headlamp waja guna fius ka

    BalasPadam
  38. Askm nak tanya kereta sy klau enjin sejuk bila start hidup mati..kadang sampai 5X cam tu baru ok..waja 2002..masalah fuel pump juge ke??

    BalasPadam
  39. Nak tanya.. Fuelpump tu ada 2 wayar. wayar tu apa nama nya... Salah satu wayar tu bocor.. Apa nama wayar tu. Susah nak cari

    BalasPadam
  40. Kereta start hidup dalam 5 second mati injin.start balik hidup tekan minyak pun samo dalam 5 second mati apo mslh waja sye tlg bgi pecerahan

    BalasPadam
  41. Kereta waja 2001, ada guna fuel pump relay? jik ada dimana tempat letaknya?

    BalasPadam