Jumaat, 10 Februari 2012

D'Nelayan Beach Resort Pengkalan Balak

Pada hari ahad lepas kami berkunjung ke Pantai Pengakalan Balak dan berkumpul bersama keluarga sebanyak 4 buah kereta. Seronok juga cuti jenjalan ni kan. Kami sampai dalam pukul 2 petang di sana. Percutian yang dirancang oleh kakak2x kami ni memang best. Tahun lepas pada bulan yang sama pergi Pantai Mersing dan liputannya boleh Klik di sini . Macam acara tahunan la pulak.... Kami memang suka joint bab berjalan ni... sebab Aku kan adikkk.... heee3x...


Antara Bilik-bilik yang terdapat di D'Nelayan Beach Resort... OK la jugak dengan harganya...... Yang penting selesa dan banyak kemudahan....




Aktiviti pertama sekali bila sampai sana tentulah makan tengahari beramai2x. Punyalah selera makan di tepi pantai sambil dihembus bayu laut yang memecah panas terik bahang matahari ni. Duduk di bawah pohon yang rendang sambil makan memang boleh menambah selera.


 Habis lauk kami bedal terus mintak tambah lagi... memang kuat bedal la agaknya keluarga kami ni anak beranak...Berjalan melancong dan makan memang tak boleh dipisahkan... Heee3x

 Lepas makan kami semua melakukan aktiviti mencari kepah... Punya la seronok mencari kepah sampai tengah panas pun tak rasa.... Banyak pulak kepah ni kat pantai Pengkalan Balak la pulak...


 Syafiqah ni mencari kepah merangkap nak mandi laut laa.... Janji dapat berendam semuanya jadi best....


Ni la hasil kepah yang dapat dikutip secara beramai2x. banyak la jugak kepah ni... boleh buat aktiviti memasak kepah pulak lepas ni....


Habis je aktiviti mencari kepah semua terjun kolam mandi kat resort tu... almaklum semuanya dah lekit air masin... mandi merangkap bilas.... anak2 ku ni memang berendam lagi la jawabnya sampai ke petang.


 Adam dengan Pak Derisnya dan Cik Etonnya mandi... Seronok sangat dapat berendam....



 Yang ni pulak aku dengan anak buah aku melayan aktiviti main Layang-layang. Apa yang bestnya main layang2 ni aku pun tak tahu tapi yang pasti aku memang suka main layang-layang.... Heee3x....


 Tu lah hasilnya bila layang-layang dah naik.... terbang kanan.... terbang kiri... pas tu terjun laut... heee3x


Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai D'Nelayan Beach Resort ni bolehlah Klik di sini . Lepas ni entri ke Pengkalan Balak akan bersambung lagi untuk aktiviti malam pula.... Jangan ketinggalan mengikuti sambungannya nanti.... BERSAMBUNG.......



21 ulasan:

  1. waaa...syonya, boleh masuk dalam diary ni..tunggu cuti boleh set terus ke sini..suka ler anak-anak kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah... sekarang Pengkalan balak dah cantik dah...

      Padam
  2. meriahnya mencarik kepah tu..ramai2 memang best kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang meriah.... bab korek pasir tu bagi je kat anak2x...

      Padam
  3. seronoknya aktiviti mcm ni, tepi pantai pulak tu sungguh mendamaikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aktiviti kekeluargaan... bila cuti berkumpul ramai2x...

      Padam
  4. bestnya! teringin nak g kampung nelayan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kampung nelayan pun best jugak kan...

      Padam
  5. belum pernah lg sampai ke pengkalan balak ni.. lps ni boleh la destinasi percutian seterusnya ke sini..

    BalasPadam
  6. lama tak jejak melaka sejak transfer utara ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mai la jenguk2x selatan... balik johor boleh singgah...

      Padam
  7. memang sangat sonok berjalan ramai2 camnih.. meriah!

    BalasPadam
  8. beznya dapat main kat tepi pantai...=)

    BalasPadam
  9. Salam Kazman,

    Amboi syoknya Kazman....dok makan kat tepi pantai dengan bertemankan angin sepoi2 bahasa lagi tu....ish.ish.....Kak Ros lalu kat belakang pun mesti tak nampak punya dah ni he.he.he....

    BalasPadam
  10. Assalam..
    Dah pernah sampai tahun lepas.
    Best mandi laut...
    Kami menyewa chalet yg belakang sikit tu..

    BalasPadam
  11. wahh..besnya..dulu masa kecik2 abah penah bawa gak ke pantai cari kepah n remis..sronok sgt')

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kazman...wah bestnya dpt bercuti ngan keluarga tu...:)

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini