Selasa, 14 Februari 2012

Alfatihah kepada mangsa kemalangan... Shahdu...

Pagi ni kami dikejutkan dengan pemergian rakan setugas mengahadap Ilahi . Bila dapat call suruh datang ke tempat kejadian untuk membuat proses pengecaman mangsa di hadapan pegawai polis dan bos HR maka aku masih terasa lagi bayangan sahdu melihat rakan sekerja terbujur kaku.... tiada apa lagi kekuatan untuk meneruskan catatan dan hanya meminta kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah untuk kedua-dua mangsa kemalangan  ketika hendak pergi kerja .


Keadaan Motor Arwah Saiful Lizan

Keadaan kereta suami Dr Aziah selepas
Bomba Cyberjaya mengeluarkan mangsa.

Selepas kerja menyelamat selesai.

Pihak Bomba sedang menyelamatkan
 mangsa yang tersepit di dalam kereta
Prof. Tau sedang menolong mangsa iaitu Dr. Aziah
dan anaknya.  Manakala Pihak bomba sedang
bertungkus lumus mengeluarkan suaminya 

Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit

Lori yang menebabkan kematian mangsa. Di sebelah kiri lori
ini lah Arwah Saiful terbaring.
Pada Asalnya lori ini berada di awal simpang dan
telah di alihkan ke dalam lorong masuk persimpangan
 untuk tidak menghalang lalulintas.

Persimpangan tempat kejadian
Lihat sahajalah Lori tanah yang berleluasa melaui
persimpangan ini.. Hati2 semua kawan bila
 belalui persimpangan jalan di Cyberjaya ini.
Rakan-rakan sekerja dari Fakulti FOE (Arwah Saiful) ,
FIT( Dr. Aziah)  dan yg terlibat yang sama2
menunggu sehingga selesai.

Rakan sekerja yang menunggu Pegawai Polis tiba
untuk  pengesahan jasad Arwah Saiful Lizan 

Gambar arwah ketika majlis sambutan di Fakulti FOE bersebelahan
 anak  kami. Sumber : FB
Gambar Arwah Saiful Lizan bersama rakan bilik sebelah tempat kerjanya. Sumber : FB




37 ulasan:

  1. innalillah.... al fatihah buat mangsa..

    BalasPadam
  2. memang syahdu kalau orang yg kita kenali dijemput Ilahi..moga roh mereka semua tenang di sana...

    BalasPadam
  3. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yang disayangi & dikasihi oleh Nya...Amin...Al-Fatihah...

    BalasPadam
  4. Tumpang tanya, arwah ni nama dia Fauzi Matsa ker ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Staff fakulti engnearing arwahnya bernama Saifullizan. dan yang seorang lagi tak pasti pulak namanya. tapi yang pasti orang melaka.

      Padam
    2. Pagi tadi ada terdengar khabar sahabat sekelas kami budak x MMU-Melaka, meninggal dunia kemalangan kereta melibatkan lori di hadapan mmu cyber. Ada seorang sahabat passkan link ke blog ni. Arwah asal orang Melaka tapi menetap di Sri Kembangan. Kurang pasti yg kemalangan ni ke tidak. Arwah yang kawan saudara tu bawa kereta ke motor? Takziah juga dan al fatihah kepada kedua-dua.

      Padam
    3. Rasanya kemalangan ni yang dekat dengan MMU yang melibatkan kereta, lori dan motor. Yang orang melakatu kawan kepada isteri saya faculty IT yang bawak kereta. Dan yg FOE tu yank sama dengan saya (FOE)yang bawak motor. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yg beriman.

      Padam
    4. Ye.arwah lg sorg tu fauzi matsa.kwn sekolah kami

      Padam
  5. alfatihah ..moga arwah ditempatkan ditempat2 orang yang beriman ..amin2 ..takziah buat keluarga mangsa :(

    BalasPadam
  6. Salam Kazman,

    Al Fatihah buat arwah,semoga rohnya di terima disisi Allah jugak di tempatkan bersama sama orang2 yang beriman....Dan takziah untuk keluarganya....

    BalasPadam
  7. perjalanan untuk ke tempat kerja....perjalanan kerana ibadat kerja...subhanallah. Allahummarg Firlahu Warhamhu Wa'afihi Wa'fu 'Anhu buat Michael @ Saiful...pren sy sama² masuk kije MMU tahun 2000.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... aku.. pekli...dan rakan2x lain semua rasa shahdu melihat Arwah dan mengiringi arwah sehingga selamat dikebumikan...

      Padam
  8. cmne kejadian ni berlaku?sape saksi tu cite la sket..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kejadian tersebut berlaku apabila Lori tanah tu nak membelok di persimpangan. Kedua2 mangsa yang berada di jalan lurus tidak sempat mengelak lori tersebut kerana lori tu masuk simpang secara mengejut. Di tempat kejadian tiada langsung kesan brek tayar. Untuk Kereta : selepas hentaman kereta merc tu terus terbabas ke kiri jalan akibat lantunan perlanggaran dan mangsa tersepit antara tempat duduk dan bumbung kereta yang kemek rapat ke badan mangsa dan motor pula berlanggar berhadapan dan mangsa melekat di hadapan lori...

      Padam
  9. Al fatihah dan takziah... huhu sedih...

    BalasPadam
  10. ajal menjemput kita bila-bila masa..
    Al Fatihah buat arwah..moga2 ditempatkan bersama mereka yang beriman

    BalasPadam
  11. @tanpa nama: pemandu mercedes bernama Fauzi Matsa

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. kedua2 arwah "mati syahid" kerana sedang keluar mencari rezeki keluarga.... semoga Syurga ditempatkan untuk mereka berdua....

      Padam
  13. Macam mana pulak dgn pemandu lori tu? Lari atau org awam dapat tangkap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada pelbagai version cerita yang saya dengar tapi yang pasti saya sampai di tempat kejadian pemandun loriya tak de... tak berapa pasti...

      Padam
  14. assalamualaikum Kazman...al-fatihah buat arwah yer...:)

    BalasPadam
  15. Al-fatihah serta salam takziah wat semua keluarga mangsa,moga2 rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org beriman - Helmy FIST

    BalasPadam
  16. Al-Fatihah untuk arwah... saya mengenali saiful semasa bekerja di MMU dulu....sedih dgn apa yg telah berlaku tapi siapalah kita untuk menidakkan hukum Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... ketentuannya begitu... hanya hadiahkan Al fatihah untuk arwahnya...

      Padam
  17. Al Fatihah buat arwah. Wpon tak kenal, tp muke arwah saiful sbb dea dlu penah jaga lab mase time kt blajar kat MMU tak silap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul... dia bekerja kat lab dari tahun 2000.. tentu ramai student dan staff kenal...

      Padam
  18. Sedihnya kisah ni... Sempga roh arwah Saiful di tempatkan bersama2 org yg beriman.

    BalasPadam