Selasa, 21 Februari 2012

Keindahan Bumi Cyber - Street Mall Cyberjaya

Pada kali ini Kami ingin menyiarkan tempat-tempat yang menarik dan terkini untuk perkembangan dan pembangunan Cyberjaya dari SUDUT LENSA kami dari satu tempat ke satu tempat di sekitar Cyberjaya ini.. Asalnya hanyalah sebuah estet yang telah diambil alih dan dimajukan untuk menjadi sebuah bandaraya pintar. 11 tahun dahulu tempat ni seperti sebuah " bandar mati " apabila menjelang malam kerana tiada satu pun penempatan yg dibina di sini. Di sinilah "jatuh bangunnya" kerjaya kami untuk mengharungi hidup ini. Hanya terdapat beberapan buah bangunan sahaja. Pada kali ini kami ingin berkongsi cerita mengenai Street Mall Cyberjaya.



Street Mall yang terletak di Cyberjaya terdiri daripada Street Mall 1 dan Street Mall 2. Merupakan sebuah pusat butik, membeli-belah dan makanan yang telah  memenangi beberapa anugerah. Street Mall dibina oleh Pemaju SETIA HARUMAN SDN BHD dan di dalam plan pembinaannya menggalakkan konsep mewujudkan sebuah taman dalam arked membeli-belah untuk persekitaran yang menyenangkan dan rekreasi. Sebahagian Street Mall juga adalah kawasan kepada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya(CUCMS).


Melalui penciptaan mikro-iklim yang sejuk dan landskap yang indah, di Street Mall para pembeli boleh menikmati aktiviti rekreasi dan membeli-belah pada masa lapang mereka sendiri. Lengkap dengan water fountain, gazebo, laluan taman dan halaman. Street Mall menyediakan persekitaran yang santai untuk kedua-dua pembeli dan orang ramai waktu makan tengahari sambil menikmati taman yang indah. Di sini juga terdapat taman kolam yang indah hiasanya.....





Setelah puas menikmati makan tengahari di tepian kolam anda semua bolehlah berkunjung ke gerai jualan di laluan pejalan kaki di dalam Street Mall sambil mencuci mata melihat barangan jualan yang beraneka jenis.... Orang yang paling seronok tentulah si isteri......




Diantara koridor pejalan kaki dan bangunan pula terdapat taman yang dihias indah sambil disediakan kerusi rehat untuk mereka yang ingin beristirehat. Almaklumlah.... jenjalan lepas makan tengahari ni memang lemau sikit nak jalan......




Yang ni pula menara yang terbina di tengah-tengah landskap Street Mall. Menara ni boleh di tengok sahaja tetapi tidak boleh naik... Kira macam menara perhiasan la gitu....


Beginilah plan pembangunan Bandar Cyberjaya yang mana kami akan saksikan sepanjang hayat kami jika masih mencari rezeki di bumi Cyberjaya ini lagi.


Begitulah serba sedikit mengenai Street Mall.... Kita berjumpa lagi dengan tajuk entri blog kami ini mengenai kecantikan dan keindahan di bumi cyber...



19 ulasan:

  1. ishh depa ni rajin sungguh jalan jalan, jeles i tau

    BalasPadam
  2. wow.cantiknya lanskap tu..
    Cyberjaya...Future City

    BalasPadam
  3. alah!!bila la en suami nak bawa g jalan2 kat street mall ni...asyik g mmu je...

    BalasPadam
  4. cantik landskap kat sana...subhanallah

    BalasPadam
  5. cantik la landskap tu.. klu sampai KL harus kena terjah nih.. thanks for the info.. :)

    BalasPadam
  6. Salam Kazman,

    Amboi cantiknya tempat ni Kazman.....

    BalasPadam
  7. Menarik gak tempat ni. Rasa malu plak. Tempat jejauh pi slalu, cyberjaya yg dekat ni tk pernah singgah plak. Waduhhh

    BalasPadam
  8. kena transfer putrajaya la pulak kali ni...

    BalasPadam
  9. cntk la smga terus terjaga dan kekal cantik

    BalasPadam
  10. kazman : susah nak komen kat sinilah..kenapa ek..asik ilang jer...tukar komen by pop up tu senang, cepat pon cepat..hihihi



    cantik semua permandangan kat sini :)

    BalasPadam
  11. Cantik...yang penting terjaga n bersih...;)

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. sudah 8 tahun tinggalkan cyber...since 2003. dulu bas 2 jam sekali..tanah merah pun ada maklumlah tengah pesat dibangunkan. dulu gak di street mall ada ala mini market yg moden..tapi baru ni pergi dah tak ada...jengok² ke sana sbb ke Saba' or Sanaa sahaja. :)

    BalasPadam