Kali ini kami ingin berkongsi mengenai kotak makanan yang mengandungi kalimah Allah. Kami ingin berkongsi kepada semua jika beli kismis ni memang baik dan berkhasiat untuk kanak2x atau dewasa tapi bila sudah habis makan janganlah kotaknya di buang bersepah2x. Peliharalah kalimah Allah yang terdapat pada kotak terserbut.
Sebenarnya kami rasa seperti tidak sesuai penggunaan ayat yang mengandungi kalimah Allah pada kotak tersebut iaitu mengandungi ayat doa sebelum belajar dan selepas belajar. Ini kerana jika kanak2 habis makan maka dikhuatiri akan dibuang kotak tersebut bersepah2 dan ini kami rasa seperti tidak memelihara kalimah Allah yang tertera pada ayat doa tersebut.
Adalah lebih baik ayat tersebut di keluarkan dari kotak tersebut kerana ayat doa tersebut banyak di dapati di dalam internet atau mana-mana sumber yang lebih memelihara kesucian kalimah Allah.
Itu hanyalah sekadar pandangan kami yang tak berapa tebal ilmu agama tetapi mungkin kita perlu ambil sedikit pengajaran daripadanya......
betul tu bro..sama lah gak ngan kad kenduri...ramai yg x sedar kita buang mcm tu saja
BalasPadambetul kata sedara tu... kadang kita buang tu tak sedar ada lafaz bismillah ke, kena cek balik sebelum buang. kalau tak buang, baik bakar dan hanyutkan ke laut...
BalasPadambetul..saya sgt setuju..bkn stakat kotak tu je..botol seperti bodol madu yg tertera kalimah suci ini pun ada..harus di kaji perkara2 seperti ini..
BalasPadamNi lah jadinya bila buat sesuatu tak ikhlas. nak berniaga tapi sebenarnya nak untung saja bukannya kerana ALLAH Ta'ala. Jadi sebab ginilah kalimah ALLAH tu dikotorkan bila dibunag merata-rata.
BalasPadamaahlah ada betulnya..dengan tak sangka2 kalimahtuh dipijak2 plak..aduss
BalasPadam