Rabu, 14 Mac 2012

Teknik Membaiki Oscilloscope

Hari ni nak berkongsi mengenai cara-cara hendak memperbaiki alatan makmal yang rosak. Semasa cuti semester la baru boleh buat kerja-kerja begini. Di ringkaskan kali ni kami nak syer mengenai cara-cara asas memperbaiki Osciloscope Topward  atau Goodwill . Antara masalah yang sering di alami seperti berikut:-

1) Gambar terus tiada ( tiada waveform langsung ) 
2) Gambar waveform separuh. ( seperti di gambar )



Oscilloscope Jenis Delay Sweep mode 40Hz ni kalau dibuka penutup badan ni kita akan lihat seperti gambar di bawah ini. Dalam Oscilloscope ni ada beberapa bahagian iaitu :-

1)  Power Supply ( Bekalan kuasa )
2) Vertical Section ( Bahagian kawalan gambar menegak ) Paksi Y-Y
3) Horizontal Section ( Bahagian kawalan gambar mendatar ) Paksi X-X
4) Trigering Section ( Kawalan pegun atau diam )
5) Display Section ( Kawalan gambar yang terhasil )

 Berbalik dengan masalah yang sering berlaku kerosakan iaitu tiada gambar atau waveform yang terhasil di screen paparan maka kita kenalah perinksa di bahagian bekalan kuasa. Bekalan kuasa di dalam oscilloscope ini terbahagi 2 bahagian iaitu 
1) Bekalan Kuasa untuk litar
2) Bekalan Kuasa untuk CRT ( Tiub ).

Untuk kerosakan di bahagian kuasa untuk litar adalah biasanya disebabkan oleh FIUS  0.6 Amphere terbakar (putus) dan juga switching power transistor ( Part Code B861 ) yang terbakar. Ini dapat di periksa dengan melihat keadaan fizikal komponen tersebut yang telah terbakar atau pecah akibat terlalu panas...


Untuk kerosakan di bahagian kuasa untuk CRT pula adalah di sebabkan oleh 2 komponen seperti gambar di bawah ini. 2 komponen tersebut adalah switching power transistor ( Part code D880 ) dan transformer ( Part code CVT-040A ) . Kita boleh periksa transformer tersebut dengan cara mencabut keluar terlebih dahulu dan buat short test menggunakan multimeter. Manakala transistor pula kita akan nampak kesan terbakar pada badan komponen tersebut atau kita boleh test gunakan kaedah test point on board untuk menentukan output voltage ada atau tidak. 


Di bawah ini merupakan litar scametik untuk Power Supply yang boleh kita kongsi bersama untuk memeriksa kerosakan pada litar.


Untuk masalah ke dua iaitu gambar waveform separuh pula biasanya adalah pada masalah bahagian Horizontal Output Amplifier circuit. Di bahagian inilah signal di proses dan dikembangkan waveform untuk di paparkan pada screen oscilloscope. Horizontal Output Amplifier circuit menyediakan isyarat signal akhir untuk di pacu ke tiub CRT supaya dapat di lihat oleh kita. Biasanya kerosakan di bahagian ini disebabkan kegagalan komponen transistor berfungsi seperti gambar di bawah ini. Part code Transistor yang sering rosak adalah :-

1)  A1907
2)  C 3423
3)  A1360


Cara nak buat pemeriksaan pada transistor atau pada bahagian horizontal ini adalah dengan menggunakan test point on board. menggunakan multimeter atau Digital Oscilloscope. Di situ kita akan dapat lihat isyarat waveform itu terhenti di bahagian transistor yang telah rosak tersebut. Ini lebih mudah dan berkesan daripada  jika kita menggunakan kaedah cabut komponen dan periksa kerana kita mengetahui nilai voltan yang tertera pada pengesan yang dibandingkan dengan nilai voltan sebenar.

Selamat mencuba......


10 ulasan:

  1. Assalam..
    Bab membaiki benda2 teknikal ni fail..

    BalasPadam
  2. bab elektronik ni memang saya pun fail juga...hehehe

    BalasPadam
  3. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pening kepala den memahaminya haha ..apapun ..bang kazman ni memang pintar huhuhu!!!!!!!

    trm kasih krn sharekan maklumat bang :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum pipoq...mesin utk apa ni ye...?

    BalasPadam
  5. peh repair sikit masuk blog ekekekekek.. leh dpt sm nie ekekekek...

    BalasPadam
  6. tudia....sakit mata eden...punya ler macam2 benda dlm tu...tak kose den nak repair..heheh

    BalasPadam
  7. kancil gagal dalam bab nie...namun terima kasih kerana berkongsi...

    BalasPadam
  8. Salam Kazman,

    Wahhh...Kazman ni memang pandai lah dalam bab2 menrepair ni ya.....Kak Ros tengok pun dah serabut kepala...tak tau apa kebendanya...he.he.he....

    BalasPadam
  9. akak kalau suruh repair entahler lagi rosakler kot.. baik ku hantar kepada yang pakar sahaja...

    BalasPadam
  10. waaa saya lagi la fail... rosak jer buang... huhu

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini