Rabu, 7 September 2011

Perigi Batu Pahat

Pada kali ini aku merasa terpanggil untuk merakamkan asal-asul nama tempat kelahiran aku ini. Artikel ini juga adalah pelengkap di atas kunjungan kami ke Pantai Minyak Beku.  Aku yang dilahirkan dan dibesarkan disini sehinggalah aku berhijrah menetap di negeri Selangor apabila aku berkahwin.  Batu Pahat, itulah suatu nama yang sinonim dengan hidup aku.



Perigi Batu Pahat

Ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka III (1446 – 1459),  askar-askar Siam  pada pemerintahan denasti ayuthia telah menyerang kerajaan Melaka. Ayuthia iaitu nama lengkap Phra Nakhon Si Ayutthaya merupakan satu wilayah di tengah Thailand. Antara wilayah yang berhampiran ialah Ang Thong, Lop Buri, Saraburi, Pathum Thani, Nonthaburi, Nakhon Pathom dan Suphan Buri.mengikut sejarah, ayuthia pernah menjadi ibu negara Siam atau Thailand dari pemerintahan 1350 hingga serangan tentera burma pada 1767.

Askar-askar siam ini melarikan diri setelah tewas dalam peperangan menyerang kerajaan Melaka dan askar-askar Siam dikejar oleh ‘Bendahara Tun Perak’,  iaitu Bendahara Melaka pada ketika itu dan pengikut-pengikutnya sehingga ke Muar. Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu di kawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Tujuannya ialah untuk mengumpulkan air tawar untuk keperluan mereka semasa belayar. Selepas itu askar-askar Siam meneruskan perjalanan ke Selatan melalui Singapura dan kembali ke Siam melalui Laut China Selatan.

Daripada peristiwa tersebut maka lahirlah nama Batu Pahat sehingga sekarang.
Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah bandar dan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia
, di negeri Johor Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat berada di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

Pintu masuk jalan menuju ke Perigi Batu Pahat... pintu masuk ini baru siap pembinaanya.

Tulisan yang tertera menyatakan Perigi Batu Pahat, tempat bersejarah yang patut di lawati.

Pemandangan jalan yang indah dengan landskap yang menarik menyambut kedatangan pelancong.


Pondok Polis yang terdapat bersebelahan dengan Perigi Batu Pahat.

Keluarga Abang aku yang datang bersama-sama mengunjungi Perigi Batu Pahat.

Jalan di persisiran pantai menuju ke Perigi Batu Pahat.

Gambar Perigi Batu Pahat suatu ketika dahulu.

Gambar Perigi Batu Pahat ketika ini. Air yang mengalir di celahan batu ketika hujan itu akan terkumpul di dalam perigi yang di pahat oleh tentera siam. Ada juga artikel yang menyatakan perigi batu pahat ini sebenarnya terdapat di Pulau Sialu berhampiran Pantai Minyak Beku ini. Kebenaran cerita ini adalah diturunkan dari generasi ke generasi.


Nama daerah Batu Pahat adalah bersempena dari peristiwa tersebut. Perigi ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah yang masih wujud walaupun sudah berusia lebih lima abad lamanya.  Ia terletak di Kuala Sungai Batu Pahat, iaitu Kampung Minyak Beku dan bersebelahan dengan Pondok Polis di persisiran Pantai Minyak Beku.



7 ulasan:

  1. belom pernah sampai ke selatan tanhair lagi la bos..klu sampai leh singgah rumah bro kan

    BalasPadam
  2. sudah tentu boleh... senang2 kalau turun sini roger je kat aku... insyallah aku turun.... insyallah aku nak pergi pameran Volkswagen Das Auto 10-11 sep ni di Bukit Jalil... nanti berita dan gambar aku upload untuk rerakan semua...

    BalasPadam
  3. p thn lepas..kotor kwsn perigi tu...
    tmpt ni kurang promo tu sbb org luar tak tau..
    tahniahle dpt cerita sejarah bp dgn tepat.

    BalasPadam
  4. ha'ah.. dah di lawakan dah tempat ni...

    BalasPadam
  5. SUDAH JANGAN RAGU LAGI UNTUK MENCOBA HOKINYA BERMAIN BERSAMA ZOYA99.COM
    DAPATKAN BONUS" YANG SANGAT MENARIK DISINI
    * BONUS ROLINGAN
    * BONUS REFERALL
    DENGAN PELAYANAN CS YANG SANGAT MEMUASKAN DAN PASTINYA BERPENGALAMAN
    BURUAN JOIN DAN RAIH JUTAAN RUPIAH SELAMA BERMAIN DISINI
    INFO:
    Pin BBM D8B82A86
    Pin BBM 2BE5BC31
    Line : zoya_qq
    WA : +85515370075

    CERITA SEX: http://69zoya.blogspot.co.id/2017/11/ena-ena-bareng-adik-iparku.html

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum ade tak tokoh atau org2 lame yg boleh bercerita tentang perigi bp dan asal usul bp

    BalasPadam
  7. banyak anjing dan taik anjing. kaper punya area ke situ

    BalasPadam