Ahad, 11 September 2011

Taman Desa Sri Qaseh 10/09/2011 ( Pendawaian Rumah )


Pada hari Sabtu 10/09/2011 kami seperti biasa mengunjungi projek perumahan yang kami beli seperti biasa untuk melihat perkembangan dan kemajuan taman perumahan Desa Sri Qaseh ini. Secara ringkasnya kami perhatikan pada kali ini kerja-kerja pemasangan "cover wire" atau laluan pendawaian di dinding setiap tumah telah di pasang. Ini antara bahagian penting pada kami untuk merakamkan laluan wayar pendawaian di setiap dinding kerana untuk memudahkan kami nanti bila kami ingin membuat pengubahsuaian pendawaian rumah kelak. Atap genting yang berwarna kelabu juga telah sampai dan diletakkan di hadapan rumah masing-masing untuk pemasangan bumbung. Seterusnya, kita ikuti perkembangan melalui cerita bergambar kami....

Lot 3738 - lot3751 yang telah siap sepenuhnya pembinaan kerangka konkrit rumah dan bumbung menyambut kedatangan kami.


Rumah lot 3780 - lot 3800 yang telah siap pembinaan konkrit kerangka rumah. Selepas ini proses Kerangka konkrit bumbung akan dilakukan.
Rumah lot 3780 - lot 3800 yang telah siap pembinaan konkrit kerangka rumah dan di bahagian hujung juga telah terbina kerangka konkrit bumbung secara berperingkat-ringkat.

Rumah yang telah siap proses mengikat bata dinding. Selepas ini proses pendawaian elektrik dan naikkan atap genting akan menyusul.
Deretan di rumah kami yang baru separuh lot rumah sahaja siap dinaikkan dinding. Proses memasang besi kerangka bumbung telah selesai.

Atap genting bumbung yang berwarna kelabu terdapat di bahagian hadapan rumah untuk dipasang.

Inilah rupanya bentuk rumah yang telah siap proses mengikat bata untuk dinding. Apa yang kami difahamkan mereka juga tengah menunggu bingkai pintu dan tingkap untuk di pasang namun proses pemasangannya tidak diketahui lagi.

Antara lot-lot rumah yang akan dipisahkan dengan dinding.

Lantai tandas di ruangan bilik hadapan. Kami ambil untuk melihat laluan piping kemana arahnya aliran air tersebut dialirkan

Proses mengikat bata sehingga ke paras atas bumbung. Kaedah ini adalah untuk keselamatan daripada kecurian dan standard keselamatan untuk kebakaran. Jika rumah sebelah terbakar maka rumah yang berhampiran hanya akan terbakar atau menerima kesan selepas 4 jam berlaku kebakaran. Kalau 4 jam tu maksudnya bomba dari air keroh melaka pun sempat datang. Tapi itulah ciri-ciri keselamatan yang perlu diambil untuk dalam proses pembinaan rumah yang tidak boleh di pandang ringan.

Ruangan dapur yang kami ambil dari sudut ruang tamu.

Rumah kami yang di dalam proses mengikat bata lagi.

Rumah jiran kami yang di dalam proses mengikat bata juga.

Ruang bilik tidur utama. Di antara pintu kelihatan cover pendawaian telah di pasang. Namun wayarnya tidak di pasang dahulu dan jika dipasang akan terdedah kepada kecurian. Namun kami ambil untuk memudahkan kami nanti untuk mengubahsuai laluan sistem pendawaian mengikut citarasa dan keperluan kami.

Ruang tamu rumah kami yang hampir siap proses mengikat bata.

Sudut pandangan rumah kami dari hadapan.

Ruangan lantai tandas di bahagian dapur.

Lantai konkrit yang terdapat di atas bilik kedua adalah untuk meletakkan tangki air simpanan untuk setiap rumah. Kami rasa lega dan merasa selamat kerana tangki air tidak diletakkan hanya beralaskan kayu seperti rumah-rumah terdahulu. Kita sudah banyak membaca kejadian tangki air yang jatuh dari bumbung ke lantai rumah hanya disebabkan kayu penyokong tangki air patah disebabkan reput di dada akhbar.
Gambar ini menunjukkan laluan pendawaian suis di dinding bilik air dapur untuk pendawaian dibahagian dapur.

Di sebelah kiri gambar menunjukkan laluan pendawaian plug kuasa untuk di bahagian dapur.

Lantai tandas di bahagian dapur dan laluan aliran air.

Ruangan dapur yang berhadapan dengan pintu tandas. Lebih kurang 5 kaki sahaja lebarnya. Kalau campur singki dan dapur masak yang simple2 aje dah ok dah.

Pemandangan belakang rumah. Ada satu lagi kelebihan yang kami ingin kongsi bersama ialah lubang utama saluran sisa buangan dibuat di bahagian belakang rumah berhampiran dengan pagar sepadan dan ini memudahkan kerja-kerja penyambungan ruang bahagian dapur jika ada yang ingin membuat demikian. Maka tidaklah nanti di lantai ruangan dapur tetiba ada kotak 4 segi kelihatan.

Lubang 4 segi untuk laluan salur najis yang kelihatan di bahagian luar.

Bengkel membuat besi tetulang konkrit.

Bengkel membuat besi tetulang konkrit. Alat yang digunakan untuk membengkokkan batang besi.

Rumah bakal jiran-jiran kami yang lain. Ini bermakna proses membuat lantai dan tiang konkrit sudah habis sepenuhnya untuk semua lot rumah di taman desa sri qaseh ini.

Rumah yang telah siap sepenuhnya proses membina konkrit bumbung. Dianggarkan 40% rumah telah siap sehingga ke peringkat ini.

Rumah-rumah yang lain.

Rumah-rumah yang lain.
Laluan di belakang rumah kami.

Gambar ini menunjukkan bumbung anjung di bahagian hadapan yang setebal 20cm lapisan konkrit. Kami tiba-tiba timbul idea untuk dijadikan anjung untuk kami bersantai sekeluarga sambil menikmati panorama indah dari atas bukit. Kami mengajukan padangan kami kepada kontraktor tersebut dan dia menyatakan kekuatan lantai bumbung tersebut boleh menampung sebiji kereta kerana ketebalan lantai bumbung tersebut yang di sokong lagi dengan tetulang besi di dalam konkrit. Maka di bahagian ruang yang kosong bersebelahannya bolehlah kami membuat tangga berpusing untuk naik ke atasnya.  
Sekian untuk kunjungan kami pada kali ini. Kami cuba dapatkan gambar drawing pendawaian rumah tersebut daripada pemaju untuk rujukan kami di masa hadapan. kalau mintak paper drawing memang sah dia tak kan bagi.. heee3x tapi kalau mintak snap dia bagi seperti drawing keseluruhan taman yang kami dapat masa mula2 kunjungan kami.




2 ulasan:

  1. en. kazman..
    nampaknye progress makin hari makin baik..
    mudah2an lah siap dgn jayanya..:)
    TQ for update..sy minta izin copy bbrp pic ye..TQ..

    darwisydarwisyah.blogspot.com

    ^izzah_fendi^

    BalasPadam
  2. boleh je. Insyallah saya update dlm 1 ke 2minggu sekali. Pagi ni pun nak jumpa yz pemaju tu dan lawyer.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini