Selasa, 29 November 2011

Peristiwa di Bulan Muharram

Pagi ni kami bangun untuk bersiap2x untuk kembali ke bumi Cyberjaya. 4 hari kami bercuti termasuklah hari ini. selesai sudah segala majlis perkahwinan anak buah kami dan kami akan siarkan pada entri yang akan datang. Sambil bersiap kami ini berkongsi cerita sejarah yang terjadi di bulan Muharram ini yang kami ambil dan kongsi dari siri bacaan dan siri ceramah di pagi hari di TV9. Syok juga dengar ceramah pagi ni... tenang je... kami pun olah dan tuliskan sebahagian ceritanya dalam entri hari ini.

Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.




Pada bulan Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan ‘Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit.

Pada tanggal 10 Muharram 61H, terjadilah peristiwa yang memilukan dalam di sebuah tempat cucu Rasulullah sejarah Islam, iaitu terbunuhnya Husein yang bernama Karbala. Peristiwa ini kemudian dikenal dengan “Peristiwa Karbala”. Pembunuhan tersebut dilakukan oleh pendukung Khalifah yang sedang berkuasa pada saat itu iaitu Yazid bin Mu’awiyah, meskipun sebenarnya Khalifah sendiri ketika itu tidak inginkan pembunuhan tersebut. . 

Pada 10 Muharram juga Allah telah menenggelamkan tentera Firaun ketika melintasi Laut Merah. Ketika itu Firaun dan tenteranya mati lemas ketika laut merah tersebut bercantum semula selepas Nabi Musa selamat melepasi laut Merah.

Begitu juga peristiwa Nabi ibrahim yang hendak di bakar oleh raja Namrud dan pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu di dalam hatinya terselit kegembiraan yang sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan dibakar dengan api, dia gembira kerana api akan memakan Nabi Ibrahim.
Istana Namrud

Mereka pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus Nabi Ibrahim di lemparkan ke dalam api yang besar itu. Mereka terkejut melihat Nabi Ibrahim kerana ketika mahu dilemparkan dia begitu tenang sekali langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Lebih terkejutlah lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak di makan oleh api bahkan dia boleh berjalan ke sana sini pula dalam api tersebut.



Surat Al Anbiyaa Ayat69; Allah berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!"

Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kejahatan dan kezaliman si Raja Namrud.

Begitulah kisah yang telah berlaku di sepanjang bulan Muharram ini .. Siapalah diri kita ini kalau Allah boleh memusnahkan umat manusia yang angkuh dan derhaka kepadaNya. Allah dengan mudah memusnahkan Firaun dengan menenggelamkannya dalam Lautan Merah.... Allah boleh memusnahkan Qarun dan hartanya dan menenggelamkan hartanya di istana Qarun yang teletak di daerah al Fayyum di Mesir. Allah juga dengan mudahnya memusnahkan Raja Namrud... Jadi...

Istana Qarun


Kalau Allah boleh memusnahkan nama-nama besar seperti itu dengan mudah kerana menderhaka kepadaNya apatah lagi kita ini sebagai insan biasa. Kalau Allah murka kepada kita ... amatlah mudah untuk Allah membinasakan hidup kita... Maka sama2x kita ambil iktibar dan beramal soleh sepanjang tahun2x yang mendatang ini.

11 ulasan:

  1. TQ Share info ni :)
    bertambah pengetahuan ..

    BalasPadam
  2. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhh lama dah tak bace sejarah islam ni ..best nya .. kalu dapat tengok tme zaman dulu kan best ..kalau ada mesin masa huhu

    Nice info bang ..sis ..umi suke ..yayyyyy

    BalasPadam
  3. salam...hebatnya 10 muharram
    jgn lupa puasa nanti..

    BalasPadam
  4. yee... sunat puasa 9 & 10 muharam... sekadar berkongsi.... sama lah kita menuju keredhaan Allah...

    BalasPadam
  5. salam kazman,

    Terima kasih dengan Penceritaan yang bermakna ini dan wajib di ketahui oleh semua insan umatnya,bertapa besar dan agungnya kuasa allah SWT...

    BalasPadam
  6. kami sekadar kongsi apa ilmu yg dapat dari ceramah di TV9 pagi tadi... maaf kalau ayat tak berapa cun...almaklum kami bukan sasterawan negara...

    BalasPadam
  7. yep...byk peristiwa yg belaku pd bulan muharram..

    semoga kita semua mndapat rahmat drNYA..:)

    BalasPadam
  8. byk sungguh peristiwa yg tersirat di sebalik Awal Muharram ni yer

    BalasPadam
  9. teringat pula dengan burung pipit yang berusaha untuk memadamkan api yang membakar nabi ibrahim pada waktu tu...walaupun dia kecik tetapi tetap berusaha untuk memadamkannya... tapi cicak tidak, malah dipanggil semua cicak yng ada untuk meniup api supaya tak padam.

    BalasPadam
  10. perkongsiann ilmu yang baik...semoga kita berubah ke arah kebaikan

    BalasPadam