Jumaat, 30 September 2011

Taman Desa Sri Qaseh 30/09/2011 Saluran Pengudaraan

Sistem pengaliran udara di dalam sesebuah rumah amat penting untuk mengawal suhu kepanasan di siang hari mahu pun di malam hari. Kepentingan mempunyai saluran pengudaraan yang baik di dalam rumah memang dituntut kerana ia menjaga kesihatan kita ketika di dalam rumah. Dalam rumah kita akan ada pelbagai jenis bakteria yang akan hidup bersama kita jika sistem pengudaraan kita tidak sempurna seperti gambarajah di bawah ini :

Begitulah serba ringkas mengenai keperluan pengudaraan di dalam rumah.... Namun kami bukanlah pakar kesihatan untuk bercerita lebih lanjut dan kami pula akan bercerita mengenai sistem pengudaraan rumah kami di Taman desa Sri Qaseh ini pula.

Pemandangan rumah yang hampir 45% siap....

Pemandangan ruang atas di hadapan pintu tandas utama... sayup tinggi melangit....

Inilah pemandangan di bahagian atas bilik nombor 2... di atas ini mempunyai 2 tingkap dan satu pintu dan di atasnya pula terletak tangki air simpanan. Tahan ke nanti tangki air simpanan ni kalau terdedah dengan matahari????? Namun, aliran udara di bilik nombor 2 ini akan terus ke tingkap di atas bilik ini. Cuma pancaran matahari tidak dapat menerangi bilik ini secara menyeluruh. Maka, kesesuaian warna cat bilik ini adalah warna yang terang dan cerah yang dapat memantulkan cahaya yang masuk melaui tingkap di atas bumbung ini. Jika kita menggunakan warna yang tone pekat atau gelap akan menambahkan lagi kesuraman cahaya di bilik ini.

Laluan paip air hujan akan di sambungkan di penjuru bilik nombor 2 ini.... Paip air tersebut mungkin akan di tutup oleh dinding plaster nanti dan pencuru bilik ini akan mengalami bucu yang mengarah keluar dari sudut bilik.

Lubang yang akan menempatkan saluran paip air hujan di sebelah atas....

Tingkap untuk bilik ke tiga.... nun sayuppp di atas.... tapi bilik ni siling bumbungnya tinggi..... nampak macam luas la sikit.... Di sini aliran udara akan terus naik ke tingkap atas dan terbebas ke ruang udara luar. Maknanya setahun sekali ( masa nak raya puasa je la ) kita mengelap semua cermin ni yang tinggi di atas ini.

Itulah paras siling bumbung bilik nombor 3 nanti....Kalaulah nanti lampu bilik ini di pasang pada siling bumbung maka kalau mentol terbakar mahu sayup nak memanjat ganti mentol... Ataupun kita pergi IKEA beli lampu yang bertali tu pun menarik juga agaknyaa...

Tingkap bilik nombor 4 yang berada di belakang sekali..... bilik nombor empat ni nampak luas dan cerah... Bilik nombor 2 yang paling nampak gelap sedikit.... Kalau mengikut plan pun bilik ini kedua besar selepas bilik utama. dan bilik nombor 2 dan 3 mempunyai keluasan yang sama.

Plastik aluminium yang digunakan untuk mengurangkan bahang kepanasan matahari di bumbung. Haba yang terpancar dari matahari akan dipantulkan balik ke luar dan ini akan mengurangkan lagi suhu kepanasan kediaman kita. Ia memang amat sesuai digunakan kerana dapat mengurangkan bunyi bising apabila hujan turun. Selain itu, Plastik aluminium ini juga dapat memanjangkan jangka hayat bahan wayar elektrik dan paip saluran pendawaian yang terletak di atas siling rumah kita. Jika suhu di atas bumbung terlalu panas, lama kelamaan wayar elektrik kita akan cepat mereput dan akan menyebabkan litar pintas. Paip saluran wayar elektrik juga tidak akan bengkang-bengkok disebabkan oleh kepanasan suhu di dalam bumbung.

Beginilah plastik aluminium yang telah siap dipasang untuk mengurangkan kepanasan.

Kalau nak sejuk lagi gunalah turbin udara ini. Lagi sejuk rumah kita dan memang amat sesuai di pasang di atas bumbung. Kalau pasang aircond confirm la sejuk cuma rasanya larat ke nak layan bil elektrik... Tapi semuanya adalah ikut kemampuan dan keselesaan yang kita boleh terima. Apa-apa pun ini hanyalah sekadar pandangan dari kami sahaja.




2 ulasan:

  1. Bagus nya entri ni bang ..ui ui .. umi akan memanfaatkan ilmu ini hrmmm ..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini