Khamis, 1 September 2011

Beraya ke rumah sanak saudara

Kehangatan beraya masih terasa kepada semua. Kunjung mengunjung menjadi amalan mulia..... raya ke tiga telah menjelma tiba..... ucapan ampun dan maaf sering di pinta............ Itulah kemeriahan di hari rayaa.....
Secara ringkasnya kami beraya di parit 3 dan parit 4 di rumah pakcik-pakcik dan rumah nenek di sawah. Pekerjaan utama di sini merupakan petani sawah dan kunjungan kami pada hari raya ini kami melihat tumbesaran pokok padi daripada kecil kerana mengikut kata pakcik kami bahawa pokok padi baru di tanam dari 2 minggu hingga ke sebulan yang lepas secara berperingkat-peringkat.

Kampung ini juga sering menjadi lokasi pengembaraan filem antara contohnya filem Nur Kasih... Sawahnya yang luas terbentang memberi ketenangan kepada kami untuk melihatnya. ikutilah gambar-gambar yang kami rakam sepanjang kunjungan kami di sana.........











Rumah Arwah atuk dan nenek yang mana di rumah ini ibuku dan adik2 beradiknya dibesarkan.

Anak2 bersantai di bawah ambin sambil merasai suasana desa 

Bertandang kerumah Tok Long

Surau Al Mutaqqin didirikan diatas tanah peninggalan arwah Abah.

2 ulasan:

  1. memang best... tapi yg tak bestnya lama dalam kereta beraya dari di rumah yg kita kunjungi... sesak memanjang jalanraya...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini